Sekitar empat dekad lalu, apabila Cik Rohaida Ismail dan enam adik-beradiknya menerima berita keluarga mereka perlu berpindah keluar dari Kampong Wak Sumang ke flat HDB yang baru, perasaan teruja dan ghairah menyelubungi diri mereka.

Bagi adik-beradik ini, yang pada masa itu masih lagi remaja dan awal dewasa, mereka tidak sabar untuk merasai kehidupan baru di flat serba moden.