Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sejarah Kampong Wak Sumang terus dipelihara

Sep 15, 2024 | 5:30 AM
Ruang pameran tetap di tingkat 4 Perpustakaan Daerah Punggol memaparkan kisah dan sejarah unik Punggol.
Ruang pameran tetap di tingkat 4 Perpustakaan Daerah Punggol memaparkan kisah dan sejarah unik Punggol. - Foto fail

Sedang Punggol membangun menjadi salah sebuah daerah digital bijak di Singapura, sejarah awalnya sebagai tapak perkampungan masih dapat diselami hingga ke hari ini.

Antaranya adalah menerusi khazanah yang dipelihara dari Kampong Wak Sumang, kampung lama yang terletak di Punggol.

Sejarah Punggol yang kaya juga dapat dihayati dalam pameran Perpustakaan Daerah Punggol yang memaparkan kenangan kisah Punggol hasil sumbangan masyarakat, serta buku ‘Tok Sumang’ yang ditulis pendeta Allahyarham Dr Muhammad Ariff Ahmad.

Peninggalan Masjid Wak Sumang, yang telah dirobohkan, juga dipelihara di Muzium Tamadun Asia (ACM) dan Muzium Negara Singapura.

Berikut antara khazanah dan warisan yang mengabadikan kenangan Punggol.

BUKU TOK SUMANG

Buku ‘Tok Sumang’ ini mengisahkan tentang Wak Sumang, seorang pelopor yang meneroka Kampung Punggol pada penghujung abad ke-19.
Buku ‘Tok Sumang’ ini mengisahkan tentang Wak Sumang, seorang pelopor yang meneroka Kampung Punggol pada penghujung abad ke-19. - Foto NHB

Buku Tok Sumang, yang ditulis pendeta Allahyarham Dr Muhammad Ariff Ahmad, mengisahkan tentang Wak Sumang, seorang pelopor yang meneroka Kampung Punggol pada penghujung abad ke-19 dan ia kemudian diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Encik Ahmad Ubaidillah Mohamed Khair, yang juga keturunan Wak Sumang.

“Saya rasa buku ini khususnya, sesuatu yang menarik adalah ia menghubungkan kita dengan rantau Nusantara yang lebih luas. Jadi jika anda baca buku itu, kita dapat tahu bahawa Tok Sumang merupakan sebahagian rombongan diraja dari Malaysia... jadi ia mengingatkan kita tentang kaitan kita dengan rantau Nusantara. Dan ia sesuatu yang saya rasa kita tidak patut hilang atau lupa,” ujarnya yang merupakan penganalisis penyelidikan di Pusat Penyelidikan Hal Ehwal Islam dan Melayu (Rima).

PAMERAN KISAH PUNGGOL DI PERPUSTAKAAN

Ruang pameran tetap di tingkat 4 Perpustakaan Daerah Punggol memaparkan kisah dan sejarah unik Punggol.
Ruang pameran tetap di tingkat 4 Perpustakaan Daerah Punggol memaparkan kisah dan sejarah unik Punggol. - Foto fail

Menerusi pameran Kisah Punggol di Perpustakaan Daerah Punggol, orang ramai boleh menyelami tempoh awal perkampungan di Punggol dari pertengahan 1800an, kegiatan riadah yang menarik orang ramai ke sana, warisan pertanian serta pasang surut perkembangannya.

Terdapat juga pelbagai elemen interaktif seperti Peta Memori yang menampilkan lebih 50 kenangan di Punggol.

Pengarah Perpustakaan Negara di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Cik Alicia Yeo, berkata ramai beranggapan bahawa Punggol adalah bandar muda, sedangkan sejarahnya menjangkaui hampir 200 tahun.

“Justeru kami melihat kepentingan memainkan peranan kami dalam merakam dan mengingati sejarah Punggol, serta kisah orang yang mempunyai kaitan dengan Punggol, sebelum ia dilupakan. Ini supaya pengguna kita, terutama mereka yang mendiami Punggol hari ini, boleh lebih menghargai kejiranan mereka dan sejarah kita yang dikongsi bersama,” ujarnya.

Sejak dibuka pada April 2023, Kisah Punggol telah dikunjungi hampir 72,000 tetamu perpustakaan sehingga Julai 2024.

KENTUNG

Kentung merupakan kayu berbentuk silinder yang digantung dalam masjid.
Kentung merupakan kayu berbentuk silinder yang digantung dalam masjid. - Foto NHB

Kentung merupakan kayu berbentuk silinder yang digantung dalam masjid.

Ia berfungsi dalam cara yang sama seperti beduk, yang mana ia dibunyikan untuk mengumumkan waktu solat kepada penduduk kampung.

Kentung ini berasal dari Masjid Wak Sumang di Punggol. Masjid tersebut telah dirobohkan.

Ia merupakan hadiah Haji Mohd Amin Abdul Wahab dan dipelihara di Muzium Tamadun Asia (ACM).

CARTA SOLAT MASJID

Carta solat masjid digunakan Masjid Wak Sumang di Punggol sehingga 1995.
Carta solat masjid digunakan Masjid Wak Sumang di Punggol sehingga 1995. - Foto NHB

Carta ini digunakan di Masjid Wak Sumang di Punggol sehingga 1995, apabila masjid tersebut dirobohkan.

Ia menunjukkan masa untuk lima waktu solat iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak.

Waktunya yang tepat akan berubah, justeru ia dikemas kini setiap hari.

Jam keenam menunjukkan imsak, yang hanya digunakan semasa Ramadan.

Barisan terakhir pada jadual waktu menunjukkan syuruk, menandakan permulaan matahari terbit dan berakhirnya solat subuh.

JAM

Jam ini pernah digunakan di Masjid Wak Sumang di Punggol Point.
Jam ini pernah digunakan di Masjid Wak Sumang di Punggol Point. - Foto NHB

Jam jenama Shanghai Diamond ini digunakan di Masjid Wak Sumang di Punggol Point dan didermakan oleh Angkatan Sasterawan ‘50 yang lebih dikenali sebagai Asas ‘50 – persatuan sastera pertama selepas perang di Malaya dengan misi untuk menyulam seni sastera ke dalam kehidupan orang ramai dan menjadi gerakan sastera utama dalam seni sastera.

Sumbangan besar yang dilakukan Asas ‘50 ialah memperkenalkan huruf Rumi dalam bahasa Melayu.

Persatuan itu secara aktif mendekati belia dan persatuan berasaskan kebangsaan untuk mempromosikan sastera serta bahasa Melayu.

Jam ini adalah hadiah daripada Asas ‘50, Haji Muhd Arif Ahmad dan pasangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg