Merah putih hidupkan kejiranan sambut ulang tahun merdeka
Merah putih hidupkan kejiranan sambut ulang tahun merdeka
Aug 4, 2023 | 6:09 PM
ULANG TAHUN KE-58: Bendera yang digantung antara Blok 107 dan Blok 109 di Toa Payoh Lorong 7 ini membentuk angka 58 - usia Singapura tahun ini. - Foto BH oleh DIYANA TAHA
Menjelang Hari Kebangsaan pada 9 Ogos, banyak kejiranan di serata negara kini meriah dihiasi bendera Singapura dan hiasan berwarna merah dan putih.
Berita Harian menyajikan foto antara hiasan sempena sambutan ulang tahun ke-58 Singapura di pelbagai kejiranan termasuk di Choa Chu Kang, Woodlands, Bishan dan Toa Payoh.
PERTANDINGAN HIASAN BLOK: Jawatankuasa Penduduk (RC) Zon 10 Yew Tee menghias Blok 621 Choa Chu Kang Street 62 dengan bendera dan sepanduk bagi Pertandingan Hiasan Blok Hari Kebangsaan Yew Tee 2023 anjuran Yew Tee CCC. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
PELBAGAI BENTUK DAN WARNA: Pelbagai bentuk bendera Singapura menghiasi kawasan sekitar Blok 102 Woodlands Street 13. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
TIGA DIMENSI: Seni 3D dalam pelbagai bentuk menghiasi Blok 116 Bishan Street 12, dengan memaparkan gabungan beraneka bahan seperti tanah liat, cat, barangan kitar semula serta elemen MRT yang sudah tidak digunakan termasuk kerusi MRT lama dan peta laluan MRT lama. - Foto BH oleh DIYANA TAHA
GALERI SENI: Sebuah galeri seni kecil menghiasi kolong Blok 170 Bishan Street 13. Karya seni disumbangkan oleh penduduk setempat serta warga emas dari Lions Home for the Elders. - Foto BH oleh DIYANA TAHA
RASA CINTA KEPADA NEGARA: Hiasan berbentuk hati menghiasi laluan menuju ke Blok 787 Choa Chu Kang North 6, menjelang Hari Kebangsaan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Laporan berkaitan
Undang-undang guna simbol negara dilonggar pada 1 Ogos, kawalan lebih ketat dilaksanaJul 31, 2023 | 5:23 PM
Wahh! Ribuan pelajar dipukau warna-warni NDPJul 11, 2023 | 4:01 PM

