Mesin layan diri permudah penerima bantuan Muhammadiyah  dapatkan keperluan asas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mesin layan diri permudah penerima bantuan Muhammadiyah  dapatkan keperluan asas

Mesin AKSES Bank Komuniti Muhammadiyah diletak di Eunos, Yishun dan Bukit Batok mulai Jun, bantu 50 penerima buat permulaan
Mar 24, 2026 | 5:30 AM

Mesin layan diri permudah penerima bantuan Muhammadiyah  dapatkan keperluan asas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi (dua dari kanan), bersama (dari kiri) Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman; Pengarah Asyura Pte Ltd, Cik Norhuda Rabani; dan Setiausaha Agung merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim. semasa acara pengagihan habuan zakat  Muhammadiyah dan pelancaran AKSES Bank Komuniti Muhammadiyah pada 14 Mac.
Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi (dua dari kanan), bersama (dari kiri) Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman; Pengarah Asyura Pte Ltd, Cik Norhuda Rabani; dan Setiausaha Agung merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim. semasa acara pengagihan habuan zakat Muhammadiyah dan pelancaran AKSES Bank Komuniti Muhammadiyah pada 14 Mac. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Kini keluarga memerlukan boleh mendapatkan keperluan asas seperti makanan dan lampin pakai buang bayi atau dewasa dengan lebih mudah dengan adanya mesin layan diri AKSES Bank Komuniti Muhammadiyah (Muhammadiyah Community Bank AKSES) – sistem inovatif yang memastikan keperluan asas bukan sedia ada sahaja, bahkan boleh didapatkan pada bila-bila masa.

Mesin layan diri itu merupakan fasa lanjutan daripada inisiatif Bank Komuniti Muhammadiyah, yang dimulakan pada 2025 bagi merapatkan jurang antara golongan mampu dengan mereka yang memerlukan. 

Inisiatif itu juga mendorong masyarakat membantu golongan memerlukan. 

Pada 14 Mac, Persatuan Muhammadiyah melancarkan mesin layan diri AKSES Bank Komuniti Muhammadiyah itu sempena acara pengagihan habuan zakat bernilai $150,000 yang menyokong 650 keluarga.

Tetamu terhormat acara itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi, merasmikan pelancaran AKSES Bank Komuniti Muhammadiyah bersama rakan kongsi Muhammadiyah, Asyura Pte Ltd.

Dalam ucapannya, Dr Syed Harun berkata: “Kalau kita kumpulkan semua sumber kita bersama, daripada sektor awam dan sektor swasta, atau masyarakat, dan di sini, kita ada Muhammadiyah, kita boleh memartabatkan masyarakat kita bersama-sama. 

“Dan adalah penting kita meneruskan perkongsian ini. Ketahuilah bahawa anda mempunyai seluruh ekosistem kemasyarakatan di sekeliling anda untuk meneruskan kerja baik yang anda lakukan, dan kami sentiasa menyokong persatuan seperti Muhammadiyah.

“Ia bukan hanya mengenai penyaluran zakat atau AKSES Bank Komuniti, Muhammadiyah juga mempunyai kehadiran dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan masyarakat dan pendidikan.”

Buat permulaan, 50 penerima bantuan akan mendapat akses kepada khidmat mesin layan diri itu, dengan Muhammadiyah berharap dapat memperluaskannya untuk kegunaan lebih ramai orang pada tahun-tahun mendatang. 

Mesin layan diri AKSES Bank Komuniti Muhammadiyah itu akan diletak di kawasan Eunos, Yishun dan Bukit Batok mulai Jun – mendekatkan khidmat Muhammadiyah kepada masyarakat yang disokong persatuan itu. 

Menerusi sistem akses digital selamat, penerima bantuan yang diluluskan Muhammadiyah boleh mengambil keperluan asas mereka dengan lebih mudah pada bila-bila masa. 

Dalam ucapannya semasa acara pengagihan habuan zakat itu, Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, berkata: 

“Zakat adalah tiang belas kasihan, tanggungjawab dan penjagaan bersama dalam masyarakat.

“Sumbangan zakat yang diamanahkan kepada Muhammadiyah membolehkan pertubuhan ini menyokong lebih 15,000 individu setiap tahun. 

“Sokongan ini telah disampaikan melalui pelbagai program, perkhidmatan dan pengeluaran kewangan.

Muhammadiyah beriltizam menyalurkan bantuan secara bermaruah dan boleh dicapai, memastikan penerima mendapat sokongan dengan cara hormat dan selesa.

“Kami harap inisiatif Bank Komuniti ini akan terus berkembang dan kami menggalak lebih banyak rakan kongsi masyarakat dan persatuan tampil untuk sama-sama menyumbang dan berkhidmat kepada penerima bantuan Muhammadiyah.” 

Keperluan asas dialu-alukan, manakala impak penderma juga penting.

Bantulah Persatuan Muhammadiyah mengisi rak-rak Bank Komuniti mereka agar ia sentiasa penuh dan sedia ada. 

Bersama-sama, kita pastikan tiada keluarga ketinggalan tanpa keperluan asas. 

HULUR SUMBANGAN MELALUI: 

Wang tunai

– PayNow:  Imbas kod QR menggunakan aplikasi bank anda atau hantarkan ke UEN S58SS0020C. Ref: BH Zakat<jarak>Nombor telefon bimbit 

– Khidmat kutipan dari rumah: Mudah untuk penderma. Hubungi talian 6242-7388.

– Dalam talian: Layari pautan, muhammadiyah.org.sg untuk menderma.

Barang (lampin pakai buang bayi dan dewasa, susu tepung bayi, bahan keperluan)

– Pejabat sementara Muhammadiyah: Hexacube, 160 Changi Road, #03-05, Singapura 419728.

– Hubungi talian: 6242-7388 atau WhatsApp ke 8088-9613.

Untuk sokong Persatuan Muhammadiyah, imbas kod QR ini.
Untuk sokong Persatuan Muhammadiyah, imbas kod QR ini. -
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg