Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhammadiyah perkasa insan melalui zakat, derma

Mar 21, 2025 | 5:30 AM
Reruai Persatuan Muhammadiyah di Bazar Geylang Serai menerima zakat harta, infak, fidyah dan sumbangan untuk Projek Wahdah.
Reruai Persatuan Muhammadiyah di Bazar Geylang Serai menerima zakat harta, infak, fidyah dan sumbangan untuk Projek Wahdah. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Tiada sumbangan yang dianggap terlalu kecil. Setiap derma dan zakat yang diterima oleh Persatuan Muhammadiyah akan disalurkan sepenuhnya ke dalam program dakwah, pendidikan dan kebajikan, demi manfaat ummah secara menyeluruh.

Menurut Penolong Pengarah, Unit Komunikasi Korporat dan Sumber Muhammadiyah, Encik Zhofry Hamid, sokongan dan sumbangan yang diterima badan tersebut membantu dalam melaksanakan program-program yang diperlukan kepada mereka yang layak.

“Sumbangan yang kami terima daripada orang ramai, membolehkan kami menjalankan program kami sepanjang tahun, membantu mereka yang memerlukan dan memperkasa masyarakat kita dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan,” jelas Encik Zhofry.

Sumbangan ini termasuk zakat harta, zakat emas, infak dan fidyah.

Muhammadiyah melaksanakan pengagihan zakat dan fidyah bagi golongan memerlukan dalam bentuk kewangan, makanan atau barang keperluan asas, seperti barangan dapur atau lampin.

Encik Zhofry berkata setiap bulan, 50 keluarga yang dikenal pasti berisiko tinggi akan menerima bantuan kebajikan dalam bentuk baucar tunai atau barangan makanan.

Muhammadiyah juga mengalu-alukan sumbangan individu atau syarikat agar persatuan ini dapat meneruskan usaha ini setiap bulan.

Demi meningkatkan dan meluaskan lagi perkhidmatannya kepada golongan belia, warga emas dan keluarga dengan ruang solat, bilik darjah dan kemudahan komuniti yang lebih baik, Projek Wahdah telah dimulakan bagi menaik taraf bangunan Pusat Muhammadiyah yang terletak di 14 Jalan Selamat. Kerja naik taraf telah bermula pada awal bulan Mac tahun 2024.

“Sumbangan kepada Projek Wahdah akan membantu kami mencapai hasrat kami bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk masyarakat kita,” kongsi Encik Zhofry dengan menambah bahawa Muhammadiyah masih memerlukan lebih daripada $4 juta untuk membiayai kos pembinaan semula bangunan itu.

Orang ramai juga boleh membantu mengumpul dana melalui tabung yang dipanggil ‘Sadaqah Jar’ untuk diletakkan di rumah mereka dan ‘menabung’ sekeluarga. Ini dapat menggalakkan semangat menabung untuk dunia dan akhirat.

“Sadaqah Jar juga melambangkan sedekah berterusan dengan sumbangan kecil boleh membawa kepada impak berkekalan. Dengan izin-Nya, pahala atau ganjaran akan berkesinambungan selama bangunan ini dimanfaatkan oleh masyarakat. Ahli keluarga boleh menabung kepada ‘Sadaqah Jar’ dengan niat menjadikan sedekah sebagai amalan harian mereka.

“Kami sangat mengalu-alukan sokongan dan sumbangan anda, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Jangan lepaskan peluang bersedekah, dalam apa jua jumlah ataupun bentuk yang anda mampu,” kata Encik Zhofry lagi.

Mereka yang menderma $500 ke atas di reruai Muhammadiyah di tiga bazar Muhammadiyah, boleh menerima hadiah 1 kilogram kurma Ajwa, set minyak wangi atau dua balang kuih Raya.

SEKILAS

Untuk menyalurkan pembayaran zakat, infak, fidyah atau menggunakan tabung ‘Sadaqah Jar’, anda boleh ke reruai Persatuan Muhammadiyah di Geylang Serai sepanjang bulan Ramadan ini, di Our Tampines Hub sehingga 26 Mac 2025, dan di Far East Flora Centre, Clementi, pada hujung minggu ini iaitu 22 hingga 23 Mac 2025.

Untuk maklumat lanjut, layari muhammadiyah.org.sg/donate atau hubungi talian 6242-7388 dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari sepanjang Ramadan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg