Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Minat sertai NS, pelajar ikuti ‘boot camp’ SAF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minat sertai NS, pelajar ikuti ‘boot camp’ SAF

Seramai 66 peserta telah menyertai ‘Boot Camp’ Wanita (WBC) yang berlangsung dari 3 hingga 5 Disember. Mereka berpeluang menghayati kehidupan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). BERITA HARIAN dipelawa untuk turut serta dalam WBC sepanjang tiga hari itu.
Dec 06, 2023 | 04:24 PM



Alya Qystina Batrisyia Abdul Rahman, yang baru menamatkan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’, telah menunjukkan minat mendalam terhadap Perkhidmatan Negara (NS) sejak usia muda.

Minatnya dalam NS amat ketara apabila kerap mengunjungi pesta kerjaya Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Keinginan Alya Qystina Batrisyia untuk menyertai ‘Boot Camp’ Wanita (WBC) di Kem Maju, Clementi, bukanlah satu kejutan bagi ibu bapa beliau.

Mereka memberikan sokongan kuat, malah, turut membantu dalam persediaan bagi penyertaannya dalam kem tersebut.

“Ibu bapa saya memberi sokongan kuat apabila diberitahu tentang keinginan saya untuk menyertai kem ini.

“Mereka sanggup menolong saya mencari barang-barang yang diperlukan semasa saya membuat persiapan untuk kem ini,” ujarnya.

Kem yang berlangsung dari 3 hingga 5 Disember itu merupakan salah satu daya usaha Majlis Penasihat Perhubungan Masyarakat dalam Pertahanan (Accord), Majlis Keluarga dan Masyarakat (F&C) dalam memberi peluang kepada wanita untuk melalui pengalaman sebagai anggota SAF selama tiga hari berturut-turut.

Kem edisi tersebut telah menarik 66 peserta.

“Saya tidak mempunyai abang dan ini mengehadkan pengetahuan saya tentang pengalaman NS. Kem ini adalah peluang untuk mendalami pengalaman NS yang sebelum ini tidak pernah saya lalui,” ujar Alya Qystina Batrisyia.

Keinginan beliau untuk menyertai anggota SAF sebagai kerjaya masa depannya menjadikan WBC sebagai wadah penting untuk meneroka bidang tersebut.

Salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi Alya Qystina Batrisyia adalah pengalaman menembak senapang SAR21 – kesempatan yang jarang diperolehi orang ramai.

Melihat peranan dan dedikasi komander platun dalam kem tersebut membangkitkan semangat dan mencetuskan inspirasi kepada Alya Qystina Batrisyia untuk memburu cita-citanya.

“Saya berasa amat kagum melihat komander-komander yang bertugas sepanjang kem itu.

“Mereka memberi gambaran yang wajar tentang peranan mereka dalam mempertahankan keselamatan negara melalui tingkah laku mereka,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >