Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Mindef, dua politeknik sedia skim kerja sambil belajar, taja diploma baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mindef, dua politeknik sedia skim kerja sambil belajar, taja diploma baru

Feb 29, 2024 | 06:41 PM



Kementerian Pertahanan (Mindef) menjalin kerjasama dengan dua politeknik tempatan bagi menyediakan satu skim bekerja sambil belajar yang baru serta penajaan bagi diploma kursus bersepadu dalam beberapa bidang tertentu.

Skim-skim tersebut melibatkan tawaran sebuah Skim Bekerja Sambil Belajar (WLS) Siber Politeknik baru bersama Politeknik Singapura (SP) dan Diploma Kurikulum Bersepadu Tajaan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)-Politeknik melibatkan SP dan Politeknik Republik (RP).

Ini diumumkan Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Mindef pada 29 Februari.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab pertanyaan Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) mengenai perkembangan terkini WLS yang ditawarkan Mindef.

Encik Heng berkata sehingga kini, sebanyak lapan skim WLS ditawarkan Mindef telah disertai seramai 520 anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF), sejak skim pertama dilancarkan pada 2018.

Menurut Mindef, skim-skim baru itu membolehkan pelajar diploma politeknik tahun terakhir SP dan RP menyertai SAF setahun lebih awal berbanding rakan sekolah mereka lain.

Tempoh perkhidmatan itu akan diterima sebagai sebahagian keperluan pelatihan tahun terakhir politeknik mereka.

Pertama, Skim WLS Siber Politeknik itu, yang disediakan sejak Oktober 2023, ditawarkan bagi pelajar yang menyertai kursus Keselamatan Siber di SP.

Mereka yang berjaya membuat permohonan untuk menyertainya akan berkhidmat sebagai pakar siber sebagai NSF dan sebagai anggota tetap.

Skim Diploma Kurikulum Bersepadu Tajaan SAF-Politeknik (SPS-IC) itu pula meliputi SPS-IC bagi Elektronik Aeroangkasa yang ditawarkan kepada pelajar yang menyertai kursus Elektronik Aeroangkasa di SP.

Diploma SPS-IC bagi Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik serta Diploma SPS-IC bagi Teknologi Maklumat pula ditawarkan kepada pelajar RP yang menyertai kursus bidang berkenaan.

Pelajar yang berminat dari kedua-dua politeknik itu boleh membuat permohonan bagi skim itu mulai Februari 2024.

Encik Heng berkata mereka yang berjaya menyertai skim itu akan berkhidmat selama tiga hingga lima tahun, melibatkan tempoh perkhidmatan sebagai anggota NSF dan anggota tetap, dengan masing-masing menyandang jawatan sebagai Jurutera Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Pakar Sistem Pertempuran Laut Angkatan Laut Republik Singapura (RSN).

“Kami akan memperluas usaha ini kepada politeknik dan bidang lain kelak,” tambah Encik Heng.

Selain skim itu, beliau juga mengumumkan satu inisiatif baru dilancarkan Mindef dan sayap belia Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Young NTUC, melibatkan sebuah Makmal Pelancaran Kerjaya bagi golongan NSF pada September 2023.

Encik Heng berkata daya usaha itu disediakan bagi menawarkan latihan dan bimbingan kerjaya yang tersusun selepas Perkhidmatan Negara (NS).

Sebanyak 100 syarikat meliputi pelbagai industri seperti makanan dan minuman, perkhidmatan runcit, kesihatan, tenaga dan kewangan menyertainya, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >