Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mindef kekalkan belanjawan pertahanan pada 3% GDP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mindef kekalkan belanjawan pertahanan pada 3% GDP

Feb 29, 2024 | 06:25 PM



Sesiapa sahaja yang mengikuti berita semasa akan memahami bahawa dunia hari ini sudah menjadi tempat yang lebih berbahaya, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada 28 Februari.

Beliau turut menjelaskan pentingnya Singapura membuat pelaburan berterusan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk menghalang pencerobohan terhadap Singapura.

Bagi memastikan SAF sentiasa kuat, Singapura akan mengekalkan perbelanjaan ketenteraan pada sekitar 3 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) sepanjang sedekad akan datang.

Ini sekiranya tidak berlaku sebarang konflik atau peperangan di dunia, kata Dr Ng semasa perbahasan mengenai belanjawan Kementerian Pertahanan (Mindef), menurut The Straits Times (ST).


Beliau turut mengumumkan beberapa perkembangan bagi SAF, termasuk Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang akan membeli lapan jet pejuang F-35A, sebagai melengkapi 12 jet F-35B yang dibeli sebelum ini.


Dalam ucapannya, Dr Ng menyatakan konflik Russia-Ukraine sudah memasuki tahun ketiga, manakala terdapat kebimbangan konflik Israel-Hamas boleh merebak ke luar Gaza.

Perang dagang secara tidak rasmi, antara Amerika Syarikat dengan China telah bermula, dan terdapat kebimbangan kedua-dua negara itu mungkin bertembung disebabkan isu Taiwan, tambah beliau.

Semua itu bermakna beliau telah mengubah penilaiannya mengenai risiko konflik serantau dan sedunia, daripada dianggap amat sukar berlaku, kepada konflik “bukan sifar”, kata Dr Ng.

“Saya boleh memberi jaminan kepada Dewan ini bahawa kejutan dan kesan tidak diingini boleh dijangka – ada yang mempunyai hubung kait, yang lain pula timbul secara tiba-tiba,” ujar beliau.

“Apabila suhu geopolitik meningkat, percikan dan api akan timbul daripada pelbagai sumber,” tambahnya.

Memberi contoh kes pencerobohan terhadap negara kecil lagi kaya, Kuwait, pada 1990 oleh jirannya, Iraq, Dr Ng menarik perhatian Amerika menyelamatkan Kuwait dengan mengetuai pasukan 42 negara untuk menentang Iraq.

Jika perkara serupa berlaku di sini, pemerintah, Mindef dan SAF tidak mengharapkan negara lain akan datang untuk menyelamatkan Singapura, kata Dr Ng.

“Jika rakyat Singapura tidak akan atau tidak dapat mempertahan Singapura, tidak ada benteng (lain yang wujud). Itulah hakikatnya,” jelas beliau.

Belanjawan Mindef untuk tahun kewangan akan datang dianggarkan sekitar $20.2 bilion, naik 2.5 peratus daripada tahun kewangan 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >