Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Zaqy: Pertahanan Mutlak mustahak untuk tangani cabaran semasa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Pertahanan Mutlak mustahak untuk tangani cabaran semasa

Feb 29, 2024 | 06:37 PM



Singapura perlu bersedia untuk menangani kedua-dua ancaman tradisional serta ancaman baru, lantas membuat Pertahanan Mutlak perkara mustahak bagi Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) mengenai kepentingan Pertahanan Mutlak dalam konteks semasa sempena ulang tahun ke-40 Pertahanan Mutlak, Encik Zaqy berkata sedang Singapura menikmati keamanan, ia perlu bersedia menangani ancaman yang boleh menjejas cara hidup dan menggugat perpaduan sosial masyarakatnya.

Beliau, dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 29 Februari, menyentuh tentang beberapa ketegangan yang berlaku di luar negara.

Ini termasuk peperangan antara Ukraine dengan Russia, konflik di Gaza dan serangan siber terhadap prasarana tenaga kuasa elektrik di Denmark, serta sistem pengangkutan awam di Poland.

Lantaran itu, Encik Zaqy berkata sepanjang dua minggu lalu lebih 800 pertubuhan telah melakukan ratusan latihan simulasi gangguan sumber elektrik, makanan, air dan siber sebagai sebahagian ExerciseSG Ready.


Daya usaha ini merupakan latihan Pertahanan Mutlak pertama dilakukan serata pulau melibatkan pelajar dan pendidik daripada lebih 330 sekolah.

Ini meliputi pelaksanaan sekitar 250 simulasi gangguan bekalan tenaga elektrik, 300 simulasi gangguan bekalan makanan dan 200 gangguan siber, serta hampir 200 latihan pemindahan, katanya.

Antara lain, Encik Zaqy berkata pelajar daripada beberapa sekolah tertentu dididik tentang kepentingan nilai sumber air apabila mereka hadapi gangguan bekalan air ketika waktu rehat.

Di kawasan kejiranan pula, penduduk terpaksa membuat penyesuaian apabila simulasi gangguan bekalan air dan makanan dilaksanakan.

Lebih 160 perniagaan pula memanfaatkan peluang itu bagi mempertingkat dan mengesahkan semula rancangan pengekalan perniagaan jika mereka ditimpa gangguan tertentu.

Encik Zaqy juga berkata latihan itu juga satu peluang bagi segolongan warga yang mahu berbakti kepada masyarakat dengan mengagihkan beg bekalan air, membuat panggilan rumah serta menguji rancangan kecemasan bagi membantu golongan yang memerlukan.

ExerciseSG Ready tahun ini telah menawarkan hanya secubit kesan apabila kami ditimpa gangguan sebegitu ketika menghadapi satu krisis,” kata Encik Zaqy.


“Ia telah menggalak kami untuk memikirkan terhadap apa yang kami boleh lakukan, bagaimana kami boleh bertindak balas dan mengapa kami perlu terus bersatu,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >