HAWKERS Collective mempunyai seramai 10 penjaja yang menjadi mentor dalam program ini untuk menyokong penjaja-penjaja baru. Dua daripadanya merupakan penjual makanan halal.
Makanan Penjaja Singapura merupakan Ikon bagi Identiti Kebangsaan.
Visi Hawkers Collective adalah untuk menyokong Legasi Makanan Warisan Singapura melalui objektif sosio-ekonomi.
Hawkers Collective berusaha untuk bekerjasama dengan Penjaja Legenda dengan Penjaja Baru (Aspiring Hawkers) merentasi landskap penjaja Singapura untuk mengekalkan Legasi Makanan Warisan dengan menyokong para penjaja mencapai matlamat perniagaan.
Antara penjaja-penjaja berpengalaman yang menjadi mentor dalam program ini adalah Encik Zainnudin Sajat pengasas rangkaian gerai nasi ayam Aspirasi dengan cawangan di serata pulau.
Encik Zainnudin atau Abang Din telah memenangi banyak anugerah dan pertandingan oleh pengkritik makanan dan pengundi awam. Beliau sering berkongsi resipi dan inovasi baharu di Facebook dan Instagram Live.
Encik Sumadi Sapari pula pemilik gerai Selamat Datang Mee Soto dan Mee Rebus yang terkenal dengan sup mi soto yang enak, bergedil dan kuah mee rebus yang pekat. Kuah mi sotonya yang lazat terdiri daripada 21 bahan khusus dan Encik Sumadi mengawasi pembuatan kuahnya setiap hari.
Dengan kerja keras dan tanggungjawab untuk meneruskan legasi keluarganya, Selamat Datang Mee Soto & Mee Rebus kini telah menjadi salah satu gerai tertua dan paling popular di Pusat Makanan Adam Road.
Untuk keterangan lanjut mengenai Hawkers Collective, sila layari https://www.hawkerscollective.com.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg