Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MKAC iktiraf sumbangan tokoh niaga Salleh Marican

Jul 16, 2024 | 6:10 PM
Anugerah Luminary MKAC disampaikan kepada presiden Yayasan Salleh Marican, Encik Mohd Salleh Marican (dua dari kiri), sebagai penghargaan bagi sumbangan dermanya kepada badan itu. Bersama beliau ialah (dari kiri) penasihat Persatuan India Singapura, Encik K. Kesavapany; presiden MKAC, Encik Ameerali Abdeali; dan  pemilik Dragnet Smartech Security Pte Ltd, Encik T. Mogan.
Anugerah Luminary MKAC disampaikan kepada presiden Yayasan Salleh Marican, Encik Mohd Salleh Marican (dua dari kiri), sebagai penghargaan bagi sumbangan dermanya kepada badan itu. Bersama beliau ialah (dari kiri) penasihat Persatuan India Singapura, Encik K. Kesavapany; presiden MKAC, Encik Ameerali Abdeali; dan pemilik Dragnet Smartech Security Pte Ltd, Encik T. Mogan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Sikap dermawan dan sumbangan usahawan dan presiden Yayasan Salleh Marican, Encik Mohd Salleh Marican, telah diiktiraf oleh Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC).

Beliau telah menerima Anugerah Luminary MKAC dalam satu majlis jamuan malam penghargaan bagi memperingati ulang tahun badan itu di The Red Velvet Ballroom, Village Hotel Bugis, pada 20 Jun.

Presiden MKAC, Encik Ameerali Abdeali berkata, anugerah itu bertujuan melahirkan rasa terima kasih atas “sokongan dan persahabatan tidak ternilai” Encik Salleh dalam membantu memenuhi misi MKAC selama ini.

Beliau juga mengiktiraf peranan penting individu lain dalam pertumbuhan dan kejayaan MKAC, dan sokongan berterusan mereka buat pesakit ginjal serta keluarga mereka.

“Pasukan MKAC juga telah melakukan banyak pengorbanan peribadi, terutamanya pada masa mencabar, dan menjalankan Program Lawatan Rumah baru, yang bertujuan membantu pesakit yang tidak dapat datang ke MKAC,” ujar Encik Ameerali.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penderma, penyokong, dan pemimpin muda yang menyandang jawatan kepimpinan dalam masyarakat.

Sementara itu, Anugerah Luminary daripada MKAC merupakan satu detik kepuasan yang mendalam bagi Encik Salleh, yang mengasaskan Second Chance dan First Lady.

Dalam ucapan beliau, Encik Salleh, 75 tahun, berkata: “Anugerah ini berfungsi sebagai pengiktirafan dan ia lebih bermanfaat daripada keuntungan kewangan. Anugerah ini meraikan dedikasi dan sumbangan besar saya selama ini.”

Beliau merancang untuk terus bekerja dan secara beransur-ansur mengalihkan tanggungjawab kepada anak lelakinya yang berumur 37 tahun, yang sedang dipersiapkan untuk mengambil alih.

“Saya berharap agar beliau akan terus mengembangkan perniagaan, meraih lebih banyak kejayaan,” ujar beliau, bapa tiga orang anak perempuan dan seorang anak lelaki bongsu. 

Sementara itu dalam ucapannya, Encik Ameerali berkata, kakitangan dan sukarelawan, yang menjadi tulang belakang badan itu, memainkan peranan penting dalam pertumbuhan MKAC selama 20 tahun lalu.

Acara itu dihadiri kira-kira 120 tetamu, termasuk rakan kongsi, penyokong dan rakan badan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg