Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MOE kerja rapat dengan agensi khidmat sosial tangani keperluan guru pendidikan khas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE kerja rapat dengan agensi khidmat sosial tangani keperluan guru pendidikan khas

Apr 03, 2024 | 06:29 PM



Kementerian Pendidikan (MOE) bekerja rapat dengan agensi perkhidmatan sosial bagi menangani permintaan yang semakin meningkat bagi tenaga pendidik sekolah pendidikan khas (Sped), kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.

Antara usaha yang dijalankan ialah merekrut siswazah dan lulusan diploma yang mempunyai kemahiran relevan dan daripada latar belakang yang pelbagai.

“Terdapat usaha pengambilan (kerja) berterusan untuk menarik siswazah universiti dan pemegang diploma daripada pelbagai latar belakang dengan kemahiran, kecekapan dan sifat relevan, termasuk usaha bekerjasama dengan institut pengajian tinggi,” katanya ketika menjawab soalan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) di Parlimen pada 3 April.

Encik Yip bertanya apakah MOE akan mempertimbang inisiatif menggalak dan melatih lebih ramai bakal pelajar pengajian tinggi menyertai kerjaya dalam pendidikan keperluan khas dan pemulihan, memandangkan permintaan semakin meningkat bagi pendidikan demikian.

Dr Maliki berkata MOE juga berusaha meningkatkan profesionalisme pendidik Sped, selain menyediakan mereka dengan kecekapan yang diperlukan.

Beliau memberi contoh Pakej Kembara Kecemerlangan yang diperkenal pada 2020 untuk meningkatkan profesionalisme pendidik Sped.

Pakej itu merangkumi sebuah rangka kerja kerjaya dan kecekapan pendidik Sped dan pelan hala tuju latihan, bagi menawarkan panduan jelas tentang kemajuan kerjaya, peranan dan jangkaan.

Beliau juga berkata penambahbaikan telah dilakukan ke atas program diploma pendidikan khas (DISE) pada 2022 untuk memastikan pendidik Sped dilengkapi dengan kemahiran dan kecekapan secukupnya.

Di bawah program itu, mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti keperluan pendidikan khas khusus serta diagnosis dan penilaian kelemahan individu, serta kemahiran merancang program intervensi.

“Penyertaan dalam DISE adalah satu syarat bagi semua guru Sped dan yang ditaja oleh MOE,” ujar Dr Maliki.

Sejajar dengan itu, Dr Maliki berkata MOE juga sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan pembiayaannya kepada sekolah Sped antara 2024 hingga 2026, seperti yang diumumkan semasa perbahasan Jawatankuasa Bekalan (COS) kementerian itu pada Mac. 

Ini akan membantu “menaikkan purata gaji guru dan pembantu guru untuk mengekalkan daya saing pasaran dan mengukuhkan profesionalisme pendidik Sped”, tambah beliau.

Ia sebahagian daripada langkah yang lebih meluas untuk meningkatkan mutu pendidikan dalam sektor tersebut dan mengukuhkan sokongan kepada pelajar berkeperluan khas.

Semasa mengumumkan langkah itu, Dr Maliki berkata guru Sped boleh menerima kenaikan gaji hingga 12 peratus, manakala pembantu guru boleh menerima kenaikan hingga 15 peratus.

Mulai 2024, gaji permulaan guru Sped akan meningkat hingga 15 peratus, manakala pembantu guru hingga 17 peratus.

Sekarang terdapat sekitar 1,700 guru dan 800 pembantu guru Sped.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >