Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rang undang-undang dibentang bagi tingkat piawaian keselamatan siber

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang undang-undang dibentang bagi tingkat piawaian keselamatan siber

Apr 03, 2024 | 05:07 PM



Satu pindaan ke atas Akta Keselamatan Siber telah dibentangkan di Parlimen pada 3 April bagi memastikan pengendali perkhidmatan penting di Singapura mengisytiharkan sebarang gangguan keselamatan siber dan serangan yang dihadapi oleh pembekal.

Pindaan tersebut, yang dibentangkan buat kali pertama sejak akta tersebut berkuat kuasa pada 2018, juga memerlukan para pembekal untuk memberikan jaminan kontrak.

Di bawah Rang Undang-Undang Keselamatan Siber (Pindaan), pihak berkuasa juga boleh meminta penganjur acara utama di Singapura dan universiti autonomi untuk mendedahkan langkah keselamatan siber mereka.

Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) berkata Rang Undang-undang tersebut bertujuan untuk memperluaskan pengawasannya ke atas prasarana maklumat kritikal (CII) kerana ancaman sering dapat dikaburkan dengan peningkatan pendigitalan.

“Ia memastikan pemilik CII kekal bertanggungjawab terhadap keselamatan siber dan daya tahan siber CII, walaupun mereka mempunyai model teknologi dan perniagaan baru, seperti penggunaan pengkomputeran awan.

“Pemilik CII juga akan dikehendaki melaporkan lebih banyak jenis insiden, seperti yang berlaku dalam rantaian bekalan mereka,” kata CSA.

Sektor kritikal merangkumi sektor tenaga, air, perbankan dan kewangan, penjagaan kesihatan, pengangkutan (darat, maritim dan penerbangan).

Ia juga merangkumi sektor infokom, media, keselamatan dan perkhidmatan kecemasan, dan pemerintah.

Menurut CSA, pindaan tersebut akan memperluaskan pengawasan CSA terhadap CII dan mana-mana sistem pihak ketiga yang berkaitan.

Ia juga memberi kuasa kepada CSA untuk mengaudit pertahanan digital penganjur acara utama, universiti dan kumpulan lain yang memegang data sensitif atau melaksanakan fungsi penting.

Pemilik CII masih akan dipertanggungjawab ke atas insiden siber, termasuk jikalau insiden tersebut berlaku dalam sistem vendor mereka, atau menerusi khidmat yang telah mereka dapatkan menerusi sumber luar.

Oleh itu, rang undang-undang tersebut akan memerlukan penyedia perkhidmatan penting untuk mendapatkan komitmen keselamatan siber yang mengikat secara sah daripada vendor pihak ketiga.

Rang undang-undang itu juga memerlukan pemain infrastruktur digital yang ditetapkan dan entiti kepentingan keselamatan siber khas untuk mematuhi kewajipan serupa yang dikenakan pada masa ini ke atas pemilik CII, atau menghadapi penalti kerana ketidakpatuhan.

Rang undang-undang itu dibuat selepas beberapa pusingan perundingan awam dengan syarikat, persatuan perdagangan, agensi pemerintah dan individu sejak 2022.

Menurut CSA, responden secara amnya memahami keperluan untuk pengawasan yang lebih luas, sementara ada yang membangkitkan kebimbangan mengenai senarai sistem lain yang harus dipertimbangkan untuk saling berkaitan dengan perkhidmatan kritikalnya.

Responden lain turut bertanya tentang kos dan bagaimana mereka akan diperiksa.

CSA berkata undang-undang yang dicadangkan itu bertujuan untuk menangani taktik penjenayah siber yang sedang berkembang untuk mengganggu perkhidmatan penting.

“CSA berpegang pada pandangan bahawa semua CII, tidak kira sama ada ia disumber luar atau dimiliki oleh pemilik CII harus tertakluk pada tahap keperluan keselamatan siber yang sama,” kata CSA.

Tentang bagaimana cara sistem akan diperiksa, CSA berkata undang-undang yang dicadangkan itu menjelaskan bahawa pihak berkuasa hanya akan campur tangan apabila didapati pemilik CII gagal mematuhinya.

Sebaik sahaja berkuat kuasa, organisasi yang tidak mematuhi dasar baru boleh dikenakan denda, bergantung kepada tahap keterukan kes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >