BEKERJA dari rumah akan kekal sebagai pilihan asas untuk pekerja yang boleh berbuat demikian sedang kes Covid-19 terus meningkat di sini, umum Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini.
Arahan ini, yang akan berkuatkuasa selama empat minggu mulai Isnin ini (27 Sep) hingga 24 Oktober, menandakan langkah lebih ketat yang dilaksanakan pemerintah.
Sebelum ini, secara maksimum 50 peratus pekerja yang boleh bekerja dari rumah dibenarkan kembali ke tempat kerja pada bila-bila masa.
Semasa tempoh ini, tempoh mendadak 10 hari bekerja dari rumah bila kes Covid-19 dikesan di tempat kerja akan digantung, kata MOH dalam kenyataan akhbarnya.
"Tidak harus berlaku silang pekerja di beberapa tapak pekerjaan bagi mereka yang perlu ke tapak pekerjaan untuk bekerja. Perhimpunan sosial di tempat kerja masih tidak dibenarkan.
"Majikan harus terus melaksanakan masa kerja fleksibel dan penjarakan masa mula kerja untuk majikan yang perlu kembali ke tempat kerja," kata MOH.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg