Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH:Vaksin Covid-19 Novavax baru di S’pura dari 24 Jan - 30 April

Jan 23, 2025 | 7:01 PM
Mereka yang ingin mendapatkan suntikan Novavax boleh membuat janji temu di klinik SG Lebih Sihat (Healthier SG) terpilih mulai 24 Januari.
Mereka yang ingin mendapatkan suntikan Novavax boleh membuat janji temu di klinik SG Lebih Sihat (Healthier SG) terpilih mulai 24 Januari. - Foto REUTERS

Orang ramai yang layak mendapatkan vaksin Covid-19 Novavax boleh melawat klinik terpilih dari 24 Januari hingga 30 April untuk mendapatkan vaksin versi dikemaskini itu.

Bekalan Novavax versi JN.1 yang dikemas kini ini tidak akan ditawarkan di bawah Program Vaksinasi Nasional (NVP) selepas ia tamat tempoh pada 30 April, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada 23 Januari.

Ini kerana vaksin versi ini tidak akan dibekalkan lagi oleh pengeluar, setelah stok sedia ada tamat tempoh.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah meluluskan vaksin ini untuk digunakan oleh mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas, lapor The Straits Times (ST).

Vaksin berasaskan protein ini disyorkan bagi mereka yang tidak boleh menerima vaksin mRNA, kecuali mereka yang telah disahkan menghidapi miokarditis atau perikarditis selepas menerima dos vaksin mRNA sebelum ini.

Miokarditis adalah radang otot jantung, manakala perikarditis adalah bengkak dan radang pada tisu nipis yang mengelilingi jantung.

MOH berkata:

“Vaksinasi Covid-19 terus memberikan perlindungan terhadap penyakit yang serius.

“Kami menggalakkan semua orang, terutama mereka yang berusia 60 tahun ke atas, individu yang berisiko tinggi secara perubatan atau penghuni kemudahan penjagaan warga emas untuk terus mengemas kini vaksinasi mereka berdasarkan saranan semasa (MOH).”

Mereka yang ingin mendapatkan suntikan Novavax boleh membuat janji temu di klinik SG Lebih Sihat (Healthier SG) terpilih mulai 24 Januari, di laman web https://vaccine.gov.sg/covid.

Mereka yang menerima vaksin Novavax sebagai dos tambahan pula disarankan untuk mengambilnya sekitar setahun selepas suntikan terakhir.

Selain itu, orang ramai juga boleh memilih antara vaksin jenis mRNA, JN.1 Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau JN.1 Moderna/Spikevax yang dikemas kini, yang terus ditawarkan secara percuma di bawah NVP.

Pada Disember, MOH berkata mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 Novavax perlu melakukannya sebelum 31 Disember 2024, kerana bekalan semasa akan tamat tempoh pada hari tersebut.

Maklumat berkenaan lokasi vaksinasi terdekat dan jenis vaksin yang ditawarkan boleh didapati di https://gowhere.gov.sg/vaccine.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg