Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOM tidak lanjutkan bantuan perumahan sementara buat pekerja M'sia

Mar 25, 2020 | 10:52 PM
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menggesa majikan mencari penginapan jangka panjang bagi pekerja Malaysia mereka di sini kerana pemerintah tidak akan melanjutkan bantuan perumahan sementara bagi pekerja itu selepas 31 Mac.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menggesa majikan mencari penginapan jangka panjang bagi pekerja Malaysia mereka di sini kerana pemerintah tidak akan melanjutkan bantuan perumahan sementara bagi pekerja itu selepas 31 Mac. - Foto FAIL

KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) menggesa majikan agar mencari penginapan jangka panjang bagi pekerja Malaysia mereka di sini.

Ini kerana pemerintah tidak akan melanjutkan bantuan perumahan sementara bagi pekerja itu selepas 31 Mac.

Langkah itu diumumkan selepas Malaysia mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara itu akan dilanjutkan sehingga 14 April hari ini (25 Mac).

"MOM akan... bekerjasama dengan majikan untuk membantu memindahkan pekerja yang terjejas ke pilihan perumahan yang lebih berdaya tahan di Singapura.

"Namun atas sebab daya ketahanan jangka panjang dan kesinambungan perniagaan, majikan perlu membuat keputusan tentang cara terbaik untuk menempatkan pekerja yang terjejas di Singapura serta berkongsi kos tambahan itu dengan pekerja mereka," kata MOM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg