Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MSF lancar Program Memperkukuh Keluarga

Nov 10, 2021 | 5:30 AM
1f35aec9-546a-49b4-ab03-569bffb28109
-

KEMENTERIAN Pembangunan Keluarga dan Sosial (MSF) semalam melancarkan Program Memperkukuh Keluarga di Pusat Khidmat Keluarga (FAM@FSC).

Ia merupakan sebahagian daripada program dan khidmat kementerian itu bagi menyokong serta membina pertalian keluarga yang lebih kukuh.

Dalam satu kenyataannya semalam, MSF berkata inisiatif baru itu merangkumkan program serta perkhidmatan sokongan perkahwinan dan perceraian yang sedia ada.

Menerusi program ini juga, mereka yang memerlukan boleh mendapatkan khidmat kaunseling keluarga yang baru bagi membantu mereka menghuraikan isu hubungan kekeluargaan, antaranya termasuk isu perkahwinan, kewangan, ibu bapa dan anak serta penuaan dan keluarga lanjutan.

Dalam pada itu, MSF juga akan memperluaskan lagi sokongan ini dengan memperkenalkan lapan lagi FAM@FSC dalam jangka masa tiga tahun, termasuk dua pusat perintis yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Ini seperti yang diumumkan di Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen tahun ini.

Empat darinya - AMKFSC Community Services Ltd, Care Corner Singapore Ltd, Fei Yue Community Services, dan Thye Hua Kwan Moral Charities Limited telahpun mula beroperasi sejak Oktober 2021.

"Apabila semua FAM@FSC ditubuhkan, landskap sokongan keluarga untuk pasangan dan keluarga yang mempunyai risiko awal akhirnya akan terdiri daripada 10 FAM@FSC, dua Agensi Pakar Sokongan Perceraian (DSSA) kendiri dan tiga pusat perkahwinan Islam," kata MSF.

Mengulas tentang perkara ini, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling berkata:

"Dari masa ke masa, keluarga akan menghadapi cabaran, dan konflik mungkin akan timbul.

"Konflik yang berlarutan ini boleh menyebabkan tekanan, merosakkan hubungan dengan mereka yang kita sayangi.

"Dengan kerjasama masyarakat, kami menyediakan perkhidmatan sokongan yang berkesan supaya keluarga boleh mendapatkan bantuan awal, sebaik sahaja keretakan mula muncul."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg