MSR Interior Design rai 13 tahun di lokasi baru di Golden Landmark

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MSR Interior Design rai 13 tahun di lokasi baru di Golden Landmark

Firma jamin mutu kerja kekal tinggi, harga tetap berpatutan
Mar 24, 2026 | 5:30 AM

MSR Interior Design rai 13 tahun di lokasi baru di Golden Landmark

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MSR Interior Design, Encik Muhammad Syahiran Rohajat
Pengasas yang juga pemilik MSR Interior Design, Encik Muhammad Syahiran Rohajat, memberi jaminan harga perkhidmatannya kekal mesra bajet dan berdaya saing, meskipun syarikatnya kini beroperasi di lokasi baru di Golden Landmark, di pusat bandar. - Foto-foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Perjalanan 13 tahun bukan satu tempoh singkat. Bagi MSR Interior Design, segala-galanya bermula dari sebuah kedai kecil di kolong Blok 530, Bedok North. Hari ini, syarikat itu melakar sejarah baru dengan berpindah ke lokasi lebih komersial dan berprestij di Golden Landmark.

Lokasi strategik, harga kekal berdaya saing. Itulah antara harapan dan misi syarikat hiasan dalaman anak Melayu/Islam itu. Lokasi baru MSR Interior Design di pusat bandar memudahkan pelanggan dari seluruh Singapura berjumpa perunding reka bentuk dalamannya tanpa perlu pergi ke kawasan timur.

Walaupun berpindah, harga perkhidmatannya kekal sama.

“Harga kami kekal mesra bajet seperti dahulu. Matlamat pemindahan kami ialah keselesaan, bukan untuk mengejar keuntungan berlebihan daripada pelanggan,” ujar pengasas yang juga pemilik syarikat itu, Encik Muhammad Syahiran Rohajat.

Beliau menambah: “Hanya kerana kami kini di pusat bandar, tidak bermakna harga MSR menjadi eksklusif. Setelah 13 tahun, prinsip kami tetap sama, iaitu memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat sentuhan reka bentuk bermutu pada harga berpatutan.”

Encik Syahiran berkata kejayaan itu tidak datang sekelip mata. Dengan pengalaman lebih sedekad dalam industri itu, beliau merupakan usahawan berdedikasi yang mementingkan ketekunan dalam setiap tugasan.

Sokongan padu daripada pasukannya menjadi nadi utama dalam menyempurnakan lebih 1,000 projek merangkumi pelbagai jenis kediaman dan ruang komersial.

Pencapaian itu membuktikan konsistensi MSR Interior Design dalam menghasilkan hasil kerja bermutu tinggi yang memenuhi jangkaan pelanggan, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka dalam industri itu.

Bukan itu sahaja, dedikasi Encik Syahiran melebihi sempadan perniagaan apabila beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan anggota lembaga Persatuan Kontraktor Ubah Suai dan Pembekal Bahan (RCMA).

Keprihatinan beliau terhadap kebajikan sosial juga jelas terlihat melalui sumbangan tenaganya di Yayasan Mendaki dan Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA), yang secara tidak langsung memantapkan lagi kedudukan beliau sebagai seorang usahawan yang sentiasa mengutamakan manfaat buat masyarakat.

Bukan sekadar pakar dan berbakat dalam seni reka bentuk dan hiasan dalaman, Encik Syahiran juga berbakat dalam bidang nyanyian. Malah, beliau seorang penyanyi yang telah merakamkan beberapa lagu atau single di Indonesia.

“Peluang dalam bidang ini bermula apabila saya berada di Jakarta untuk satu mesyuarat perniagaan dan rakan-rakan mengajak saya menyanyi di sebuah kafe. Persembahan saya menarik perhatian seorang komposer yang berada di situ dan kami berhubung selepas itu,” jelas Encik Syahiran.

Komposer itu kemudian menawarkan untuk menulis lagu untuk beliau, yang akhirnya membawa kepada pelancaran lapan single yang kini boleh didengar di Spotify dan Youtube di bawah nama glamornya, Mr Syah.

Dengan pasukan berdedikasi dan pengurusan masa teliti, beliau mahir mengimbangi antara perniagaan dan projek muziknya walaupun dengan jadual yang sibuk.

Dengan segala peranan yang digalasnya, Encik Syahiran berjaya memajukan MSR Interior Design, yang kini berada di lokasi barunya di Golden Landmark, 390 Victoria Street, #03-35, Singapura 188061.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang promosi hiasan dalaman terkini, sila hubungi MSR Interior Design di talian 9778-1234.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg