Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mufti bentang tiga tonggak pupuk kehidupan beragama yakin, berdaya tahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti bentang tiga tonggak pupuk kehidupan beragama yakin, berdaya tahan

Apr 10, 2024 | 09:52 AM



Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir menekankan bagaimana Ramadan yang baru berlalu telah mendidik umat Islam tentang kepentingan nilai rahmah dalam kehidupan, menyuburkan kebaikan serta menyemai kebijaksanaan yang abadi.

Semasa menyampaikan khutbah solat Aidilfitri di Masjid Omar Kampong Melaka pada 10 April, Dr Nazirudin menekankan bagaimana nilai-nilai itu bertindak sebagai pemangkin untuk membina sebuah masyarakat dan umat yang gemilang, yakin, berdaya tahan dan perkasa.

Ia menjadi lebih penting dalam suasana penuh cabaran, konflik, perpecahan dan keresahan yang dirasakan hari ini.

Namun begitu, beliau menegaskan mereka yang kekal bertakwa, beriman dan berilmu tidak akan mudah dilemahkan.

“Sebaliknya ia menegaskan komitmen kita untuk mempertingkatkan lagi diri dan masyarakat. 

“Semakin hebat cabaran dan suasana, semakin bertambah persiapan dan usaha kita memperkukuhkan diri dan masyarakat,” kata Dr Nazirudin.

Dalam khutbah yang bertajuk Memupuk Kehidupan Beragama Yakin dan Berdaya Tahan, beliau turut menyeru masyarakat Islam di sini untuk bermuhasabah mengenal pasti kelemahan masing-masing dan gantikan ia dengan usaha dan kekuatan.


Dalam hal ini, Dr Nazirudin menekankan bahawa masyarakat gemilang, yakin, berdaya tahan dan perkasa dibangunkan atas tiga tonggak – membina ilmu dan pemahaman agama yang mendalam, memupuk akhlak dan adab yang luhur serta membentuk budaya menyumbang ke arah kebaikan. 

Membentangkan tiga tonggak utama dalam khutbahnya itu, Dr Nazirudin menegaskan bahawa kekuatan ilmu dapat membantu mempertahankan kedaulatan dan keutuhan sesebuah negara untuk jangka masa panjang.

Dengan adanya maklumat yang mudah diperolehi menerusi media sosial, ramai yang mungkin berpendapat bahawa mereka sudah faham akan ilmu yang diraih.

Kefahaman mendalam terhadap agama misalnya adalah benteng daripada kekeliruan dan sifat melampau dalam pengamalan agama kita, ujar Dr Nazirudin lagi. 

“Maka, hargai ilmu yang telah dianugerahkan Allah kepada kita. Ilmu yang baik lagi bermanfaat tiada batasnya. 

“Segalanya perlu kita dalami, sebagai sebuah masyarakat, agar kita memiliki pengetahuan dan kemahiran hidup dengan sebaiknya untuk kita terus kekal relevan dalam memberi sumbangan bermakna di tengah-tengah masyarakat,” kata beliau.

Dalam pada itu, menerusi khutbahnya, Dr Nazirudin berkata masyarakat Islam juga harus peduli terhadap keadaan manusia di sekeliling selain mempamerkan sikap ihsan dan rahmah. 

Beliau menambah akhlak dan adab luhur ini yang akan memberi masyarakat kita kekuatan mengharungi masa-masa sukar dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Sepanjang Ramadan yang lalu, ramai masyarakat Islam di sini telah berjaya menunjukkan sikap ihsan dan rahmah itu.

Ini lebih-lebih lagi apabila ramai yang telah mempergiatkan usaha bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dalam konflik yang sedang berlaku di Gaza serta kepada pekerja hijrahan di Singapura. 

“Kita bangga melihat semangat menyumbang masyarakat Singapura di peringkat antarabangsa. Kita bersatu menghulurkan bantuan kemanusiaan di Gaza yang diusahakan oleh badan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF). 

“Semangat gotong-royong dan kebersamaan ini telah membantu mereka yang memerlukan. 

“Begitu juga keramahan kita kepada pekerja hijrahan yang turut menyumbang pada pembangunan negara, dan termasuk juga berbagai lagi kegiatan,” jelasnya. 

Seramai sekitar 700 jemaah hadir untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Omar Kampong Melaka, termasuk Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >