Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Muhammadiyah nyalakan semangat memberi di bazar Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Muhammadiyah nyalakan semangat memberi di bazar Ramadan

Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Maklumat mengenai pengambilan anak titipan, kemudahan membayar zakat dan menyalurkan sedekah.

Ini adalah antara yang disediakan oleh Persatuan Muhammadiyah dengan berada di dua tempat bazar Ramadan, sambil berkongsi tentang daya usaha dakwah, kebajikan dan pendidikannya.

Muhammadiyah merupakan benefisiari rasmi bazar Eco Harmony Fest 2024 di Bedok.

Semasa berucap pada majlis perasmian pada 10 Mac, Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, berkongsi meraikan kerjasama penting antara Persatuan Muhammadiyah dengan Eco Harmony Fest.

“Muhammadiyah telah dinamakan sebagai benefisiari rasmi. Bersama-sama, kami komited untuk berkhidmat kepada bukan sahaja masyarakat Islam malah masyarakat umum. Kerjasama ini menunjukkan kuasa perpaduan dan tindakan kolektif dalam memupuk belas kasihan dan inklusiviti, terutama semasa Ramadan,” katanya.

Sebagai benefisiari rasmi, Muhammadiyah bersama penganjur mengadakan program menyemai ‘semangat memberi’ sepanjang Ramadan.

Di bazar ini, persatuan itu akan berkongsi dengan pengunjung bagaimana zakat dan sumbangan awam telah dan akan terus memberi kesan besar kepada masyarakat.

Ia juga mengadakan pameran dan gerai pada hujung minggu tentang ibu bapa bagi anak titipan. Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang menjadi ibu bapa titipan.

Muhammadiyah juga akan menganjurkan tiga acara iftar/buka puasa bersama benefisiari di bazar pada 23 Mac, 31 Mac dan 7 April.

Sekurang-kurangnya 50 benefisiari akan dijemput menyertai majlis iftar itu. Hidangan ditaja sepenuhnya oleh penderma.

Ketua Pegawai Eksekutif Sporteca serta penganjur bazar, Encik Malik Aljunied, berkata:

“EcoHarmony Fest 2024 bertujuan menyemai semangat muhasabah dan memberi dalam Ramadan yang penuh keberkatan.

“Kerjasama istimewa kami dengan Persatuan Muhammadiyah sebagai benefisiari dan rakan amal kami memberi kami peluang berharga berkhidmat dan memberi manfaat kepada anggota masyarakat kita yang terabai dan kurang bernasib baik. Ini mengukuhkan struktur masyarakat kita secara keseluruhan. Kami mengharap sokongan semua orang melalui sumbangan dan kehadiran anda di festival kami.”

Muhammadiyah akan juga berada di bazar Geylang Serai, berdekatan pintu masuk Wisma Geylang Serai, gerai nombor 35, untuk berkongsi maklumat tentang program dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat.

Persatuan itu menyatakan bahawa sambil menikmati kemeriahan dan kehangatan Ramadan, zakat yang disalurkan melalui Muhammadiyah akan membantu membina masa depan yang lebih baik.

Muhammadiyah berada di bazar-bazar ini, setiap hari dari 2 petang hingga 9 malam, bagi memudahkan masyarakat menyempurnakan zakat dan sedekah. Maklumat lanjut juga boleh didapat dengan melayari muhammadiyah.org.sg/zakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >