Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Persatuan Muhammadiyah agih bantuan kepada 700 keluarga memerlukan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pek Prihatin Ramadan penyeri Syawal

Persatuan Muhammadiyah agih bantuan kepada 700 keluarga memerlukan

Feb 29, 2024 | 04:46 PM



Persatuan Muhammadiyah bersama-sama sukarelawan dan rakan kongsi mereka, akan mengagihkan Pek Prihatin Ramadan kepada 700 keluarga pada 9 Mac dan 30 Mac sebagai sebahagian daripada pengagihan tahunan dan pengagihan Zakat.


Benefisiari persatuan ini termasuk keluarga berpendapatan rendah, ibu bapa tunggal dan penganggur kerana sakit.

Antara benefisiari yang dibantu adalah “Cik Hasnah” (bukan nama sebenar), 72 tahun, yang tinggal seorang diri di flat tiga bilik sejak suaminya meninggal dunia 8 tahun yang lalu kerana sakit kronik.

Beliau, yang pernah masuk hospital beberapa tahun lalu kerana penyakit berkaitan limpa, sudah lebih 10 tahun mendapat bantuan kebajikan daripada Persatuan Muhammadiyah.

Malah, beliau merupakan salah seorang benefisiari berisiko tinggi. Persatuan Muhammadiyah mempunyai 100 penerima yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi yang memerlukan bantuan tambahan dan lebih kerap selain daripada habuan Ramadan tahunan dan wang zakat.

Walaupun Cik Hasnah ditanggung oleh dua orang anaknya yang masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal berasingan, beliau masih perlu bergantung kepada bantuan daripada organisasi seperti Persatuan Muhammadiyah dari masa ke semasa untuk membayar bil dan perbelanjaan bulanan serta bil perubatan yang tertunggak.

“Saya sangat berterima kasih kepada Muhammadiyah, dan orang-orang yang berderma, sudi berikan bantuan kepada kita. Bukan senang nak dapat bantuan, walaupun sedikit sekali pun, saya terima dan saya bersyukur kerana itu semua rezeki. Dengan bersyukur InsyaAllah rezeki akan murah,” kongsi Cik Hasnah yang telah menerima barangan keperluan dapur, baucer dan wang daripada Persatuan Muhammadiyah setiap kali bulan Ramadan.

Bantuan ini sangat membantu perbelanjaannya dalam mendapatkan atau menyediakan barang-barang seperti juadah berbuka, baju raya dan lain-lain. Setiap dua atau tiga bulan, beliau turut menerima beras dari Persatuan Muhammadiyah untuk masakan hariannya.

Seorang lagi benefisiari, Cik Rokiah (bukan nama sebenar), 72 tahun, telah menerima bantuan kebajikan dari persatuan ini hampir 10 tahun.

Beliau menjaga suaminya yang menjalani pembedahan saraf tunjang lebih 20 tahun lalu.

“Terima kasih kepada Muhammadiyah kerana sentiasa sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, seperti saya dan suami saya,” ucap Cik Rokiah penuh syukur.

Ramai lagi yang senasib dengan Cik Hasnah dan Cik Rokiah yang perlukan bantuan.

Benefisiari akan menerima barangan keperluan dapur, kurma, kuih raya dan wang zakat untuk pemohon terpilih.

Persatuan Muhammadiyah menerima dan mengeluarkan zakat harta dan fidyah sepanjang tahun. Untuk membuat sumbangan kepada Persatuan Muhammadiyah sila layari muhammadiyah.org.sg/zakat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >