Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhammadiyah sediakan khidmat atas sumbangan masyarakat

Mar 17, 2024 | 5:00 AM
Sukarelawan dari Muhammadiyah bergotong royong membuat pengagihan barangan keperluan pra-Ramadan kepada yang memerlukan.
Sukarelawan dari Muhammadiyah bergotong royong membuat pengagihan barangan keperluan pra-Ramadan kepada yang memerlukan. - Persatuan Muhammadiyah

Persatuan Muhammadiyah menghargai sumbangan zakat harta, infak dan fidyah yang menyokong usaha dakwah, pendidikan dan kebajikan persatuan ini.

Pada tahun ini, bangunan pusat Persatuan Muhammadiyah sedang menjalani proses naik taraf. Persatuan ini berhasrat untuk meningkatkan kemudahan dan keupayaan pusatnya untuk menemui keperluan semasa dan masa hadapan komuniti kita.

Persatuan Muhammadiyah adalah sebuah gerakan yang mempromosikan dakwah Islamiah melalui kebajikan dan pendidikan.

Pelbagai institusi telah ditubuhkan sejak Muhammadiyah ditubuhkan pada tahun 1957. Ini termasuk untuk pendidikan: Tadika Muhammadiyah, madrasah hujung minggu untuk Kelas Asas Bimbingan Agama (KABA), Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Kolej Islam Muhammadiyah dan Sekolah Seni Silat Pencak Suci Tapak Suci

Bagi kebajikan pula ia telah memulakan Rumah Kebajikan Muhammadiyah, Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang Muhammadiyah (MHCC), Pusat Penuaan Aktif Muhammadiyah @ Yishun,

Projek Sinar Ihsan - Agensi Titipan dan bantuan kebajikan termasuk pengurusan upacara pengebumian.

Semua ini dibina kerana terdapat keperluan masyarakat Islam di Singapura. Dengan kepercayaan dan sokongan masyarakat, Muhammadiyah dapat melaksanakan tanggungjawab ini selaras dengan harapan Daripada Komuniti... Untuk Komuniti.

Walaupun bangunan pusat Persatuan Muhammadiyah menjalani kerja-kerja naik taraf dan ditutup selama setahun, persatuan ini masih lagi menjalani program-program Ramadan dan beroperasi di pejabat sementara di Hexacube.

Usaha-usaha kebajikan di bulan Ramadan turut diteruskan seperti pengagihan hamper Pra-Ramadan kepada 700 keluarga, penyaluran wang zakat dan Hari Raya kepada 400 keluarga, pengagihan juadah berbuka puasa kepada 100 keluarga setiap minggu serta iftar komuniti harian untuk para jemaah.

Selain itu, Persatuan Muhammadiyah menggalakkan masyarakat Islam untuk turut serta dalam pelbagai program yang disediakan sepanjang Ramadan, seperti solat tarawih, sesi tazkirah harian, dan kelas mengaji Al-Quran percuma setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang Ramadan di Al-Wehdah (Persatuan Arab) di Lor 37 Geylang.

Bagi yang ingin membuat sumbangan, sila layari muhammadiyah.org.sg/zakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg