Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Muis agih $3.7j zakat akhir tahun kepada lebih 6,000 isi rumah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis agih $3.7j zakat akhir tahun kepada lebih 6,000 isi rumah

Dec 26, 2023 | 08:07 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah membuat semakan dan memutuskan untuk meningkatkan paras kelayakan pendapatan per kapita isi rumah (PCI) daripada $400 kepada $500 seorang bagi bantuan kewangan menerusi hasil pungutan zakat.

Dalam kenyataan pada 26 Disember, Muis berkata kenaikan itu adalah sebahagian daripada semakan dasar tetapnya untuk memastikan bantuan memenuhi keperluan yang semakin meningkat bagi penerimanya.

Peningkatan PCI kepada $500 akan meluaskan bantuan zakat kepada penambahan lebih 1,200 isi rumah.

Muis telah mengagihkan kira-kira $3.7 juta dalam pengagihan akhir tahun (YED) kepada lebih 6,000 isi rumah berpendapatan rendah bagi 2023.

“YED akan menyediakan sokongan kewangan tambahan kepada penerima zakat Muis selain bantuan zakat secara bulanan untuk membantu mereka menguruskan perbelanjaan isi rumah akhir tahun mereka seperti bil terkumpul yang tertunggak dan pinjaman.

“Bagi keluarga yang mempunyai anak yang bersekolah, pemberian bantuan tambahan ini boleh membantu dalam menampung sebahagian kos persediaan untuk tahun persekolahan yang akan datang,” kata Muis.

Sejak 2012, Muis telah mengagihkan YED yang bertujuan menambahkan wang belanja bagi penerima zakat sebelum penggal persekolahan baru bermula.

Muis menjelaskan, YED juga merangkumi bantuan ‘Reqab’ (pendidikan) kira-kira $620,000 – yang memanfaatkan kira-kira 8,800 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang bersekolah.

Wang bantuan itu bertujuan membantu meringankan kos pendidikan dan pembangunan yang perlu ditanggung keluarga.

Contonya, enam sekeluarga dengan empat anak bersekolah yang merupakan penerima zakat akan menerima sejumlah $910, termasuk bantuan kewangan bulanan pada Disember, ‘Reqab’ dan YED.

“Semakan dapat dilaksanakan kerana sokongan padu masyarakat. Melalui sumbangan zakat masyarakat, Muis dapat meningkatkan capaian untuk membantu lebih ramai keluarga berpendapatan rendah.

“Kami komited untuk memastikan keperluan benefisiari dan golongan memerlukan lain disokong melalui bantuan zakat,” ujar Muis.

Penerima zakat yang layak akan dimaklumkan mengenai sokongan tambahan melalui e-mel dalam beberapa minggu akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >