Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Muis ingatkan Muslim berhati-hati dalam tunaikan zakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis ingatkan Muslim berhati-hati dalam tunaikan zakat

Mar 11, 2024 | 06:49 PM



Pemberi zakat hendaklah sentiasa berwaspada dalam mematuhi langkah keselamatan apabila menunaikan kewajipan zakat, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Dalam kenyataannya, Muis amat menggalakkan pemberi zakat menunaikan kewajipan mereka melalui saluran rasmi dan dibenarkan yang ditetapkan oleh Muis, seperti laman web Zakat Singapura (www.zakat.sg), masjid-masjid yang disahkan dan pusat pungutan zakat yang diiktiraf.

Muis turut mengingatkan pemberi zakat agar membaca nasihat keselamatan dalam mengenal pasti ciri keselamatan dalam talian utama bagi mengurangkan risiko permintaan tanpa kebenaran dan penipuan pancingan data.

Antara nasihat yang diberikan termasuk:

– Ini termasuk melakukan pembayaran zakat menerusi wadah dalam talian yang selamat dan boleh dipercayai seperti portal rasmi zakat.sg yang disahkan oleh Muis dan gerbang pembayaran yang sah;

– Orang ramai juga diingatkan supaya mengesahkan ketulenan dan keselamatan platform dalam talian dengan memastikan ia menggunakan https:// dan memaparkan simbol kunci mangga (padlock) dalam bar alamat laman web;

– Bagi pembayaran kad pula, pilih kaedah pengesahan yang kukuh seperti Pengesahan Data Tahap Kedua (2FA), pengesahan biometrik atau token untuk mengurangkan risiko kecurian data;

– Berwaspada terhadap percubaan pancingan data dan elak daripada mengklik pautan yang mencurigakan atau memberi maklumat peribadi dan kewangan daripada komunikasi yang tidak diminta; dan

– Laporkan dengan segera sebarang kegiatan penipuan yang disyaki atau pelanggaran keselamatan yang berkaitan dengan pembayaran zakat dalam talian kepada Muis untuk siasatan.

Nasihat tersebut dikeluarkan sedang Muis menggalakkan orang ramai menunaikan zakat fitrah dan zakat harta mereka secara dalam talian untuk mengelak daripada beratur panjang di masjid.

“Pembayaran secara digital membawa kemudahan yang lebih besar, tanpa mengira masa dan lokasi, sambil memberikan keberkatan yang sama seperti menunaikan kewajipan agama ini di masjid,” menurut kenyataan Muis itu.


Muis merintis Kiosk Layan Diri SalamSG Pay di 16 masjid pada 2023 untuk membantu anggota jemaah yang ingin menunaikan kewajipan zakat secara digital dengan mudah melalui pembayaran kad debit. Muis akan melanjutkan perkhidmatan itu dan melibatkan lebih banyak masjid pada 2024. Tambahan 16 masjid akan terlibat. Kiosk layan diri itu akan diletakkan di masjid-masjid itu secara berfasa bermula Ramadan ini.

Sementara itu Muis mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Ramadan 1445H/2024 akan kekal tidak berubah pada $5 (kadar biasa) dan $7.70 (kadar lebih tinggi) setiap orang.

Zakat fitrah merupakan kewajipan oleh setiap Muslim sepanjang bulan Ramadan.


Kadar zakat fitrah ditentukan oleh Jawatankuasa Fitrah Muis berdasarkan makanan asas negara iaitu beras. Kadar tersebut diperoleh daripada harga median 2.3 kilogram bagi setiap gred beras – biasa dan lebih tinggi – seperti yang biasa dimakan oleh masyarakat Islam setempat.


Beras gred tinggi merujuk kepada beras premium yang lebih mahal seperti beras perang dan beras basmati.


Zakat Fitrah wajib ditunaikan pada Ramadan dan sebelum solat Hari Raya Aidilfitri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >