Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis komited kekang ajaran sesat

Aug 1, 2023 | 4:34 PM
BELAJAR DARIPADA GURU BERTAULIAH: Muis menggesa masyarakat Islam supaya merujuk dan menerima bimbingan agama daripada asatizah bertauliah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).
BELAJAR DARIPADA GURU BERTAULIAH: Muis menggesa masyarakat Islam supaya merujuk dan menerima bimbingan agama daripada asatizah bertauliah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS). - Foto fail

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengekang ajaran sesat daripada berakar di sini.

Ia mengatakan demikian dalam satu kenyataan kepada Berita Harian menyusuli pendakwaan seorang lelaki di mahkamah atas dua tuduhan di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla).

Pada Selasa, Mohd Razif Radi, 65 tahun, didakwa mengajar doktrin yang bertentangan dengan syariah dan mengendalikan sebuah sekolah agama tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

“Muis kekal komited menyediakan bimbingan agama yang betul dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekang penyebaran ajaran sesat daripada berakar di Singapura,” ujar kenyataan itu.

Muis berkata ia tidak boleh mengulas tentang kes itu kerana ia masih ditangani di mahkamah. Namun, Muis berkata ia memandang serius terhadap aduan mengenai individu yang dipercayai menyebar ajaran palsu dan sesat.

Muis berkata ia bersama Jawatankuasa Fatwa menyemak aduan kes itu dan membuat laporan polis pada 24 Ogos 2021.

Muis turut menggesa masyarakat Islam supaya merujuk dan menerima bimbingan agama daripada asatizah bertauliah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg