Muis pantau keadaan di Timur Tengah, utamakan keselamatan pelajar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis pantau keadaan di Timur Tengah, utamakan keselamatan pelajar

Mar 2, 2026 | 9:06 PM

Muis pantau keadaan di Timur Tengah, utamakan keselamatan pelajar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
pelajar singapura di timur tengah
Pegawai perhubungan pelajar (SLO) yang berpangkalan di Kahirah, Mesir dan Jeddah, Arab Saudi bekerjasama dengan perwakilan luar negara Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan sedang mengekalkan komunikasi bersama pelajar di Timur Tengah. - Foto fail

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sedang memantau rapat keadaan di Timur Tengah yang kian meruncing bagi memastikan keselamatan pelajar Singapura di sana.

Muis memberi jaminan bahawa keselamatan serta kesejahteraan para pelajar Singapura kekal menjadi keutamaan.

Dalam satu kenyataan pada 2 Mac, Muis berkata pihaknya sedang berusaha menyokong dan menjaga kebajikan pelajar Singapura di Timur Tengah.

Pegawai perhubungan pelajar yang berpangkalan di Kahirah, Mesir dan Jeddah, Arab Saudi kini bekerjasama rapat dengan perwakilan luar negara Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Mereka juga sedang mengekalkan komunikasi secara berkala dengan para pelajar Singapura di Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Kuwait.

Sokongan dan panduan kepada pelajar turut diberikan oleh pihak Muis sepanjang tempoh yang tidak menentu ini.

Ibu bapa atau waris pelajar di negara-negara terbabit boleh menghubungi Muis menerusi talian 6359-1199 atau emel info@muis.gov.sg sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut.

Muis turut menyeru agar masyarakat terus mendoakan keselamatan pelajar dan warga Singapura yang berada di Timur Tengah.

“Marilah kita terus mendoakan keselamatan pelajar dan rakan senegara kita, serta agar keamanan kembali semula di Timur Tengah dan di setiap pelosok dunia yang sedang bergolak,” kata Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg