Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Murid Sekolah Rendah West Grove lawat BH

Oct 16, 2023 | 6:50 PM
LAWAT BILIK BERITA: Pelajar darjah empat dan lima daripada Sekolah Rendah West Grove melawat Berita Harian pada Isnin sebagai sebahagian daripada satu sesi perkongsian.
LAWAT BILIK BERITA: Pelajar darjah empat dan lima daripada Sekolah Rendah West Grove melawat Berita Harian pada Isnin sebagai sebahagian daripada satu sesi perkongsian. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Sekumpulan pelajar darjah empat dan lima daripada Sekolah Rendah West Grove telah diberi peluang ‘menyelidik’ kehidupan rakan mereka dalam usaha mempelajari tugas seorang wartawan.

Ini diadakan dalam satu sesi perkongsian dikendalikan akhbar pelajar Gen G di bawah Berita Harian (BH) yang diadakan di bangunan SPH Media pada Isnin.

Selain daripada membolehkan pelajar mengenali lebih lanjut tentang proses menjalankan sesebuah temubual, sesi itu juga mendedahkan mereka kepada kemahiran asas kewartawanan foto, serta memberi mereka peluang untuk melawat bilik berita BH.

‘LAGAK’ SEORANG WARTAWAN: Pelajar Sekolah Rendah West Grove mencatatkan apa mereka pelajari selepas melakukan kegiatan bertemu bual dengan rakan mereka.
‘LAGAK’ SEORANG WARTAWAN: Pelajar Sekolah Rendah West Grove mencatatkan apa mereka pelajari selepas melakukan kegiatan bertemu bual dengan rakan mereka. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Dalam sesi sekitar dua jam itu, kira-kira 30 murid yang hadir mengambil bahagian dalam satu kegiatan temu bual di mana mereka bertanya soalan antara satu sama lain bagi ‘menyelidik’ kehidupan rakan mereka dalam usaha untuk mengenali mereka dengan lebih baik.

Beberapa murid tersebut merasakan kegiatan itu menyeronokkan dan mengatakan mereka mempelajari perkara baru tentang rakan mereka.

“Kegiatan itu juga bertujuan membolehkan pelajar merasai bagaimana seorang wartawan bertanya soalan semasa menjalankan satu temu bual.

“Saya harap murid-murid ini bukan sahaja mendapat kemahiran baru tetapi juga mengerat hubungan dengan rakan mereka melalui soalan yang ditanya mereka,” kata wartawan BH yang juga anggota Gen G, Cik Dahlia Zulkifli.

Susulan kegiatan itu, wartawan foto BH, Encik Shafiq Apandi, turut berkongsi dengan pelajar tersebut tentang perkara yang harus dan tidak harus dilakukan semasa memetik gambar ketika membuat liputan.

Sebagai contoh, seseorang jurugambar harus memastikan fotonya tidak gelap atau kabur, dan gambar yang dipetik harus mampu ‘menceritakan’ keadaan yang berlaku.

Para pelajar kemudian melawat bilik berita BH di mana mereka didedahkan kepada tugas harian seorang wartawan media sosial dan seorang penyunting.

KONGSI ILMU: Penerbit podcast #NoTapis, Cik Natasha Mustafa, berkongsi dengan pelajar Sekolah Rendah West Grove tentang wadah digital, seperti Instagram, TikTok, podcast #NoTapis, dan akhbar elektronik, yang Berita Harian menggunakan untuk menyampaikan berita.
KONGSI ILMU: Penerbit podcast #NoTapis, Cik Natasha Mustafa, berkongsi dengan pelajar Sekolah Rendah West Grove tentang wadah digital, seperti Instagram, TikTok, podcast #NoTapis, dan akhbar elektronik, yang Berita Harian menggunakan untuk menyampaikan berita. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
KONGSI ILMU: Penyunting Berita Harian, Cik Nuraishah Abdul Rahman, berkongsi dengan pelajar Sekolah Rendah West Grove bagaimana beliau mereka bentuk susun atur kandungan surat khabar.
KONGSI ILMU: Penyunting Berita Harian, Cik Nuraishah Abdul Rahman, berkongsi dengan pelajar Sekolah Rendah West Grove bagaimana beliau mereka bentuk susun atur kandungan surat khabar. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Penerbit podcast, Cik Natasha Mustafa, yang merupakan sebahagian daripada pasukan media sosial, berkongsi dengan para pelajar tentang pelbagai wadah digital, seperti Instagram, TikTok, podcast #NoTapis, dan akhbar elektronik yang BH gunakan untuk menyampaikan berita kepada pembaca, penonton dan pendengar.

Penyunting, Cik Nuraishah Abdul Rahman, turut berkongsi bagaimana beliau mereka bentuk susun atur kandungan surat khabar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg