Majlis walimah, baik sederhana mahupun besar, membawa makna dan tujuan sama.

Penganjurannya bergantung pada bajet, atau kemampuan kewangan, pasangan pengantin dan keluarga.

Oleh itu, Muslim Delights menawarkan pelbagai pakej bagi memenuhi cita rasa, keperluan dan bajet tanpa membebankan pengantin dan keluarga mereka.

Dengan cogan kata, ‘Majlis Perkahwinan Impian Kini Lebih Mudah dan Mampu Milik’, pakej perkahwinan yang ditawarkan Muslim Delights bermula pada harga serendah $29 seorang, dengan pelbagai perkhidmatan lengkap bagi pasangan mempelai.

Pengarah Urusan, Muslim Delights Wedding Services Pte Ltd, Encik Zubair Hassan, berkata:

“Merancang majlis perkahwinan kini menjadi lebih mudah bersama kami, yang menyediakan perkhidmatan katering halal dan menawarkan pelbagai pakej yang dimampui.

“Dengan pengalaman luas kami dalam industri perkahwinan Melayu/Islam di Singapura, Muslim Delights menyediakan majlis perkahwinan indah, lancar dan bermakna.

“Kami juga menawarkan pakej mesra ekonomi bagi pasangan yang ingin mengadakan majlis hanya untuk yang rapat, tanpa menjejas dekor dan lokasi dengan harga bermula daripada $4,300 untuk 100 undangan.

“Muslim Delights turut mengalu-alukan majlis kurang daripada 100 undangan di premis kami.’’

Tarikan terkini Muslim Delights ialah lokasi baharunya di Dewan Grand Ballroom di SAFRA Choa Chu Kang. Ia menawarkan ruang majlis anggun, luas dan selesa, lebih-lebih lagi pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di barat Singapura.

Dewan ini menawarkan pelbagai pilihan susun atur dan konsep majlis. Ini membolehkan pasangan menyesuaikan suasana majlis mengikut keperluan dan pilihan masing-masing.

Muslim Delights juga menawarkan lokasi majlis lain, seperti Exclusive Ballroom dan Fave on Orchard di Concorde Hotel & Shopping Mall, serta Sea View Ballroom di Changi Civil Service Club.

Pada harga pakej serendah $29 seorang, Muslim Delights menawarkan pilihan menarik dengan mutu makanan dan perkhidmatan terpelihara.

Melalui konsep sehenti ini, mempelai tidak perlu bersusah payah berurusan dengan pelbagai penyedia perkhidmatan secara berasingan.

Segala persiapan diselaras secara teratur oleh pasukan Muslim Delights yang berpengalaman.

“Bagi pasangan yang mahu pakej menyeluruh, Muslim Delights menyediakan pakej perkahwinan lengkap merangkumi dewan, hidangan, hiasan pelamin, khidmat pengantin, jurugambar dan videografi, kad jemputan, bunga telur atau cenderahati tetamu, penginapan hotel, deejay, pengacara majlis serta pelbagai perkhidmatan tambahan.

“Melalui konsep sehenti ini, pasangan tidak perlu bersusah payah berurusan dengan pelbagai penyedia perkhidmatan secara berasingan. Segala persiapan dapat diselaras secara lebih teratur oleh pasukan Muslim Delights yang berpengalaman,’’ ujar Encik Zubair.

Mengenai menu, Muslim Delights tidak menawarkan nasi beriani saja, malah pengalaman kulinari melebihi hidangan perkahwinan tradisional.

Pengantin boleh memilih menu moden, ‘fusion’, stesen makanan dengan tukang masak, atau ‘live station’,  bagi memberi pengalaman menjamu selera lebih menarik kepada tetamu.

Gabungan cita rasa tradisi dan moden ini menjadikan ia sebuah majlis perkahwinan unik dan sukar dilupakan.

Dengan sokongan pasukan penyelaras majlis, cef berpengalaman, dan kakitangan perkhidmatan profesional, Muslim Delights berusaha memastikan setiap majlis berlangsung dengan lancar supaya pengantin dan keluarga mereka dapat menikmati detik bahagia mereka sepenuhnya.

SEKILAS

– Bagi pakej perkahwinan, promosi terkini atau tempahan lawatan ke dewan majlis, hubungi Muslim Delights: 9633-0261 atau 9487-4055

– Layari laman web, www.muslimdelights.com bagi maklumat lanjut

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti