Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naib kadi bimbing 3,000 pasangan Melayu/Islam dalam program Bersamamu

Mar 4, 2020 | 4:12 PM
BERSAMA NAIB KADI: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Profesor Madya Faishal Ibrahim (lima dan enam dari kanan) menemui sekumpulan naib kadi di Masjid Ghufran pada 2 Mac 2020.
BERSAMA NAIB KADI: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Profesor Madya Faishal Ibrahim (lima dan enam dari kanan) menemui sekumpulan naib kadi di Masjid Ghufran pada 2 Mac 2020. - Foto: Facebook Masagos Zulkifli

NAIB kadi telah mendekati sekitar 3,000 pasangan Melayu/Islam di Singapura di bawah satu program bimbingan peribadi yang dilancarkan Julai lalu.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberi perkembangan mengenai program Bersamamu itu dalam satu pos di Facebook pada Rabu (4 Mac).

"Isnin lalu, saya dan rakan saya A/P Faishal Ibrahim berpeluang bertemu dengan para naib kadi yang giat menjayakan program Bersamamu.

"Saya berbesar hati kerana para naib kadi, sebagai asatizah, ingin menggalas tanggungjawab berat ini dan menyokong pasangan sebelum dan setelah bernikah," kata Encik Masagos.

Program Bersamamu itu dikelola Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) di bawah naungan kerjasama M Kuasa Tiga (M³) - yang terdiri daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis); Yayasan Mendaki; dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).

Baca laporan lepas:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg