Pandangan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ncada sokong langkah pemerintah klasifikasi etomidate sebagai dadah terkawal

Aug 3, 2025 | 5:30 AM
vape, pencegahan
Pencegahan bukan sekadar dasar dan undang-undang, tetapi dengan membina perlindungan sosial melalui kesedaran, pendidikan dan penjagaan. - Foto ST

Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Ncada) menyambut baik langkah untuk mengklasifikasikan etomidate sebagai dadah terkawal Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) sebagai langkah sementara. 

Ini sedang Kementerian Kesihatan (MOH) bakal mengadakan perundangan yang lebih sesuai. 

Langkah itu penting agar pemerintah dapat bertindak dengan cepat dan tegas untuk melindungi rakyat kita, terutamanya golongan belia yang paling terdedah.

Peningkatan penyalahgunaan ‘vape’ dan produk yang dicampur dadah seperti Kpod baru-baru ini amat merisaukan.

Produk-produk ini mungkin kelihatan tidak bahaya tetapi mengandungi bahan bahaya seperti kanabinoid sintetik, kokain, dan dadah farmaseutikal seperti etomidate, yang bukan untuk kegunaan rekreasi. 

Bahan itu boleh membahayakan kesihatan, termasuk kekejangan otot, perubahan corak pernafasan dan tekanan darah, sawan dan psikosis, serta menyebabkan ketagihan dan pergantungan fizikal.

Sangat membimbangkan bahawa produk-produk itu direka khas untuk menarik minat golongan belia.

Ia dibungkus dengan menarik, dibancuh dengan perisa buah-buahan dan dipasarkan melalui media sosial serta rangkaian rakan sebaya.

Untuk penjelasan, tiada yang namanya rasa ‘high’ yang selamat apabila melibatkan bahan-bahan bahaya itu.

Etomidate mungkin digunakan secara sah untuk tujuan perubatan di bawah pengawasan ketat, tetapi di luar konteks tersebut, penyalahgunaannya boleh mendatangkan risiko serius.

Selain daripada langkah perundangan sementara itu, lebih banyak tindakan perlu diambil.

Kita perlu meningkatkan kesedaran awam dan mempergiatkan pendidikan pencegahan. 

Ncada juga mengiktiraf kepentingan kerjasama berterusan antara semua pihak berkepentingan, termasuk agensi penguatkuasa, pendidik, ibu bapa dan golongan belia itu sendiri. 

Melindungi masyarakat daripada terjebak dengan dadah adalah tanggungjawab bersama.

Ncada akan memberi sokongan penuh kepada usaha pendidikan awam pemerintah dalam bidang ini.

Kami menyeru ibu bapa, pendidik, pemimpin masyarakat dan golongan belia untuk terlibat dalam perbincangan, serta sentiasa peka terhadap perubahan dalam penyalahgunaan dadah.

Pencegahan bukan hanya tentang dasar dan undang-undang.

Ia juga mengenai membina perlindungan sosial yang kukuh melalui kesedaran, pendidikan, dan penjagaan.

Bersama-sama, mari kita kekal teguh dalam komitmen kita untuk mewujudkan Singapura yang bebas dadah.

Dr Jimmy Lee

Ahli Exco, Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Ncada)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg