Topik diikuti
Pergi ke BHkuNEA terima CEO baru mulai 1 Sep
NEA terima CEO baru mulai 1 Sep
NEA terima CEO baru mulai 1 Sep
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan diterajui oleh pemimpin baharu mulai 1 September, dengan pelantikan Cik Geraldine Low Jun Ya sebagai ketua pegawai eksekutif.
Cik Low, 45 tahun, kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha (Pembangunan) di Kementerian Pembangunan Negara (MND).
Beliau akan mengambil alih tugas daripada Dr Benjamin Koh, yang telah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif sementara NEA sejak 1 Jun.
Sebelum pelantikan ini, Cik Low berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha (Perancangan) MND dari 2021 hingga 2023.
Kerjaya beliau dalam sektor awam turut merangkumi tempoh perkhidmatan di Kementerian Pengangkutan dari 2017 hingga 2021; di situ, beliau menyelia dasar pengangkutan darat dengan memegang jawatan sebagai pengarah dan kemudiannya sebagai pengarah kanan.
Selain itu, Cik Low pernah memegang pelbagai jawatan kepimpinan di Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), serta Kementerian Pertahanan (Mindef).
Dr Koh, 51 tahun, dilantik untuk menerajui badan berkanun itu secara sementara selepas ketua pegawai eksekutif sebelumnya, Encik Wong Kang Jet, melepaskan jawatan tersebut.
Encik Wong dilantik pada 1 Jun sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Setiausaha Tetap Kedua (Maklumat) di Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), serta Setiausaha Tetap Kedua (Keselamatan Siber) di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Susulan peralihan pada 1 September itu, Dr Koh akan terus memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha (Kemampanan) di Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).