Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ng Kok Song, Tharman dan Tan Kin Lian layak tanding bagi Pilihan Raya Presiden 2023: ELD

Aug 18, 2023 | 12:42 PM
LAYAK BERTANDING: Mantan ketua pegawai pelaburan GIC Encik Ng Kok Song, 75 tahun, mantan Menteri Kanan Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun, dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income Encik Tan Kin Lian, 75 tahun, telah diberikan Sijil Kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC), menurut kenyataan Jabatan Pilihan Raya (ELD) yang dikeluarkan pada Jumaat.
LAYAK BERTANDING: Mantan ketua pegawai pelaburan GIC Encik Ng Kok Song, 75 tahun, mantan Menteri Kanan Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun, dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income Encik Tan Kin Lian, 75 tahun, telah diberikan Sijil Kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC), menurut kenyataan Jabatan Pilihan Raya (ELD) yang dikeluarkan pada Jumaat. - Foto fail

Mantan ketua pegawai pelaburan GIC Encik Ng Kok Song, 75 tahun, mantan Menteri Kanan Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun, dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income Encik Tan Kin Lian, 75 tahun, telah diberikan Sijil Kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC), menurut kenyataan Jabatan Pilihan Raya (ELD) yang dikeluarkan pada Jumaat.

Ini bermakna, dalam kesemua empat calon yang telah meluahkan hasrat secara terbuka untuk bertanding, usahawan dan pengasas bersama Harvey Norman Encik George Goh, 63, seorang sahaja yang tidak layak bertanding bagi Pilihan Raya Presiden yang bakal menjelang.

Menurut kenyataan ELD, PEC berpuas hati bahawa Encik Ng, Encik Tharman dan Encik Tan adalah calon yang berintegriti dan mempunyai kelakuan dan reputasi yang baik.

Ia berkata bahawa Encik Ng telah memohon di bawah Perkara 19(3)(c) Perlembagaan dan berpuas hati dengan kelayakannya setelah mengambil kira sifat pejabat Encik Ng dalam GIC dan prestasinya di pejabat bahawa beliau mempunyai pengalaman dan keupayaan yang setanding dengan pengalaman dan keupayaan seseorang yang memenuhi Perkara 19(3)(b) Perlembagaan.

PEC juga berpuas hati Encik Ng mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk melaksanakan fungsi dan tugas jawatan Presiden dengan berkesan.

Bagi Encik Tharman, PEC berpuas hati beliau telah memenuhi keperluan perkhidmatan sektor awam di bawah Perkara 19(3)(a), setelah memegang jawatan selama lebih tiga tahun sebagai menteri.

Encik Tan memohon di bawah Perkara 19(4)(b). PEC menyatakan bahawa beliau adalah ketua pegawai eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative selama lebih tiga tahun.

PEC berkata ia berpuas hati, setelah mengambil kira sifat pejabat Encik Tan di NTUC Income, saiz dan kerumitan syarikat itu dan prestasi Encik Tan di pejabat, bahawa Encik Tan mempunyai pengalaman dan keupayaan yang setanding dengan pengalaman dan keupayaan seseorang yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat biasa dengan sekurang-kurangnya $500 juta ekuiti pemegang saham, dan yang memenuhi Perkara 19(4)(a) Perlembagaan berhubung dengan perkhidmatan sedemikian.

PEC juga berpuas hati Encik Tan mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk melaksanakan fungsi dan tugas jawatan Presiden dengan berkesan, kata kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg