Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nikmati pelbagai program dengan kredit $100 Pas Budaya

Aug 25, 2025 | 12:00 PM
Mulai 1 September 2025, semua warga Singapura berusia 18 tahun dan ke atas layak menebus kredit bernilai $100 menerusi Pas Budaya SG. 
Mulai 1 September 2025, semua warga Singapura berusia 18 tahun dan ke atas layak menebus kredit bernilai $100 menerusi Pas Budaya SG.  - Foto MCCY

Satu skim kredit yang membolehkan setiap warga Singapura berusia 18 tahun dan ke atas layak akses lebih daripada 400 program dan warisan seni telah diumumkan pada 25 Ogos.

Ini melalui skim Pas Budaya SG yang bernilai $100 melalui laman rasmi www.sgculturepass.gov.sg menggunakan akaun Singpass. Berikut antara program yang bakal tersedia mulai 1 September:

Bengkel Tarian Melayu dan India: 13 September

  1. Bengkel tarian dinamik yang memperkenalkan gerak tari tradisional Melayu dan gaya tarian orang India.
  1. Dikendalikan oleh pengajar berpengalaman.
  1. Sesi sejam ini mengajar langkah asas, gerakan tangan dan unsur penceritaan daripada kedua-dua budaya.

Persembahan ‘Yusof: Potret Seorang Presiden oleh Teater Ekamatra’: 17 Oktober 2025 hingga 19 Oktober 2025

  1. Kisah Presiden pertama Singapura, Yusof Ishak, dipentaskan dengan latar sebuah negara muda yang sedang berubah.
  2. Menggambarkan peranan beliau di Utusan Melayu dalam memperjuangkan suara masyarakat Melayu dan kebebasan media.
  3. Mengikuti perjalanan politiknya melalui fasa penggabungan, perpisahan dan kemerdekaan.
  4. Pementasan menyorot persoalan tentang kaum, identiti dan perpaduan nasional.

Singapura Tersayang – Perlumbaan Imersif di Sungai Singapura: 1 September 2025 hingga 31 Disember 2028

  1. Lawatan warisan berasaskan teknologi dalam bentuk Amazing Race.
  2. Mengajak peserta menelusuri semangat Singapura melalui kisah wira seharian yang jarang diketengahkan.
  3. Setiap cerita menyingkap pertumbuhan, identiti dan perpaduan Singapura merentas generasi.
  4. Permainan dijalankan sepenuhnya menerusi chatbot interaktif berasaskan WhatsApp, Captain FunEmpire.

Pelayaran Sungai Singapura oleh WaterB: 1 September 2025 hingga 31 Disember 2028

  1. Pelayaran unik sambil menyusuri Sungai Singapura yang bersejarah.
  2. Laluan yang pernah digunakan perahu tongkang tradisional kini dihidupkan semula melalui pengalaman visual dan penceritaan.
  3. Beroperasi setiap hari dari 2 petang hingga 9 malam, dengan pelayaran setiap 30 minit.
  4. Tempoh pelayaran sekitar 40 minit, lengkap dengan ulasan video mengenai warisan budaya dan sejarah Sungai Singapura.

Bengkel Seni Percikan Cat: 1 September 2025 hingga 24 September 2025

  1. Diilhamkan daripada adegan ikonik filem Princess Diaries.
  2. Setiap letupan belon berisi cat menghasilkan percikan warna di kanvas.
  3. Peserta mempelajari teknik lapisan warna, padanan kontras, dan acara kemuncak — meletupkan belon cat di ruang khas.
  4. Bengkel ini juga memberi ruang untuk luahan diri dan melepaskan tekanan harian secara kreatif.

Bengkel Tanah Liat Batik: 1 September 2025 hingga 31 Disember 2028

  1. Bengkel kraf berasaskan warisan batik di Orchard.
  2. Diilhamkan daripada corak batik Peranakan dan Melayu.
  3. Sesi mesra pemula ini mengajar cara mereka bentuk, membentuk dan membakar aksesori tanah liat.
  4. Peserta boleh menghasilkan anting-anting, rantai kunci atau loket buatan sendiri.

Bengkel Adunan Rempah: 1 September 2025 hingga 29 September 2025

  1. Bengkel warisan yang memperkenalkan cara menghasilkan campuran rempah sendiri.
  2. Termasuk pengenalan sejarah rempah, sesi merasa dan mengenal kualiti, serta menghasilkan sebotol campuran rempah sambil mempelajari lima rasa asas.
  3. Setiap sesi berlangsung selama sekitar satu jam.
  4. Diadakan setiap Isnin dan Jumaat, dari 9 pagi hingga 10 pagi.

Senarai penuh program boleh didapatkan di www.sgculturepass.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg