Topic followed successfully
Go to BHkuBenarkah ada perbezaan antara bos wanita dengan lelaki?
Benarkah ada perbezaan antara bos wanita dengan lelaki?
Benarkah ada perbezaan antara bos wanita dengan lelaki?
LEMAH, sukar membuat keputusan, terlalu cerewet dan emosi.
Ini antara ciri-ciri yang kerap dikaitkan dengan bos wanita.
Stereotaip sedemikian yang telah berakar sejak sekian lama nampaknya kian berubah dengan lebih ramai menerajui perniagaan sama ada kecil atau besar dalam pelbagai bidang.
Lebih ramai yang berpendapat bahawa lebih mudah berurusan dengan bos wanita kerana mereka lebih mudah didekati.
Beberapa bos wanita yang ditemu ramah Berita Harian (BH) berkata dalam dunia yang kian berkembang pesat hari ini serta sikap yang berubah terhadap pekerjaan, jantina seseorang sebagai majikan tidak lagi menjadi ukur tara untuk menilai sama ada lelaki atau wanita lebih baik sebagai bos.
Pemilik Sentimental Wedding, Cik Juliana Maktob, 56 tahun, berkata apabila beliau mula menceburi bidang keusahawanan sekitar 20 tahun lalu, persepsi sedemikian masih berleluasa kerana kurangnya bos wanita.
"Tetapi hari ini, kita lihat ramai bos wanita dengan ada yang muda-muda lagi.
"Kalau ada yang katakan bos wanita cerewet, hari ini kita lihat bagaimana ciri tersebut juga terdapat pada bos lelaki.
"Pada akhirnya, sebagai majikan, kita mahukan terbaik buat klien kami atau kami mahukan "perfection." Justeru, terlahirlah ciri sedemikian. Ia tiada kaitan dengan jantina seseorang," ujarnya.
Pemilik restoran makanan Fika, Cik Tasneem Noor, juga mempunyai pendapat yang sama iaitu lebih baik mengenal pasti diri seseorang sebagai manusia terlebih dahulu dan tidak membeza-bezakan jantina.
Laporan lanjut:

