Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NParks musnahkan perangkap haiwan haram di Taman Pasir Ris

Oct 12, 2023 | 2:01 PM
TANGKAP HAIWAN: Perangkap haiwan haram yang dipercayai diletakkan di Taman Pasir Ris.
TANGKAP HAIWAN: Perangkap haiwan haram yang dipercayai diletakkan di Taman Pasir Ris. - FACEBOOK/SINGAPORE WILDLIFE SIGHTINGS

Lembaga Taman Negara (NParks) telah mengeluarkan perangkap haiwan yang menggunakan spring di Taman Pasir Ris susulan laporan dari media sosial oleh warganet.

Dalam satu kenyataan pada Rabu kepada Berita Harian, NParks berkata perangkap haiwan yang digunakan menyasarkan haiwan-haiwan kecil, berdasarkan saiz perangkap yang digunakan.

Pengarah Pengurusan & Jangkauan Hidupan Liar NParks, Encik How Choon Beng, berkata: “Pemburuan haram menyebabkan kemudaratan yang tidak perlu kepada haiwan dan mengganggu ekosistem.”

Beliau menjelaskan ia adalah satu kesalahan untuk membunuh, mengambil atau memerangkap mana-mana hidupan liar tanpa kelulusan Ketua Pengarah di bawah Akta Hidupan Liar dan pesalah boleh dikenakan denda sehingga $50,000 atau dihukum penjara sehingga dua tahun.

“Sebarang perangkap haiwan yang haram juga boleh dimusnahkan dan dibuang oleh NParks,” tambahnya.

Dalam satu catatan Facebook Singapore Wildlife Sightings pada 8 Oktober, sekurang-kurangnya tiga perangkap haiwan yang telah diletakkan di Taman Pasir Ris.

Difahamkan perangkap sedemikian dijumpai di bawah batu, di kawasan bakau di tepi anak sungai dan ada daripada perangkap itu ada umpan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg