Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

NTC mahu bangunkan masyarakat penterjemah bermutu yang tahu manfaatkan teknologi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTC mahu bangunkan masyarakat penterjemah bermutu yang tahu manfaatkan teknologi

Mar 27, 2024 | 03:26 PM



Sempena ulang tahunnya yang ke-10, Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC) telah melakarkan tiga perkara yang ingin diberi tumpuan iaitu bakat, teknologi dan masyarakat.

Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, dalam wawancara bersama media pada 27 Mac.

Encik Tan, yang juga pengerusi NTC, berkata individu bermutu tinggi yang terlatih dan memahami konteks setempat adalah penting terutama dalam penterjemahan taruhan tinggi seperti terjemahan serentak di Parlimen, dalam persekitaran perniagaan atau rundingan diplomatik.

“Cabaran industri (penterjemahan) hari ini ialah ia kekurangan penterjemah profesional bermutu tinggi yang boleh memahami konteks setempat dan boleh menggunakan teknologi untuk melakukan kerja mereka dengan berkesan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa industri penterjemahan hari ini berbeza berbanding 10 tahun lalu kerana peranan yang dimainkan penterjemah sudah berubah disebabkan teknologi baru.

Ini termasuk melatih model bahasa untuk kecerdasan buatan (AI) atau penggunaan AI generatif atau bot latihan bagi perkhidmatan barisan hadapan menggunakan teknologi demi mendekati pelanggan mereka.

“Jadi bagi peranan baru ini, kita perlukan individu dengan kebolehan dan set kemahiran berbeza. Ia bukan sahaja tentang menterjemah malah kebolehan menggunakan teknologi dan memahami konteks perniagaan serta budaya,” katanya.

Pada masa yang sama, Encik Tan berkata NTC akan terus melabur dalam teknologi kerana ia perlu digunakan dengan lebih mendalam dan saling terkait dalam tugas penterjemahan.

Teknologi juga dapat membantu penterjemah meningkatkan mutu penterjemahan dan produktiviti mereka.

“Persaingan bukanlah antara mesin dengan manusia, tetapi individu mana yang boleh menggunakan teknologi dengan lebih baik,” ujar beliau.

Encik Tan berkata meskipun ramai orang muda Singapura lebih fasih menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda mereka, beliau tetap optimis dalam mendapatkan bakat penterjemah baru.

Ini kerana menurutnya, ramai orang muda Singapura “sangat berminat untuk belajar tentang bahasa dan kerana cintakan bahasa, mereka juga terlibat dalam terjemahan”.

Beliau berkata minat terhadap bahasa itu terikat kepada kaitan bahasa dengan budaya dan warisan serta rasa ingin mendalami asal usul mereka.

Bahkan, hari ini, terdapat seramai 2,000 Penterjemah Kita atau Citizen Translators (CT) yang mendaftar secara sukarela sejak daya usaha tersebut dilancarkan pada 2021.


Inisiatif itu bertujuan memanfaatkan kepakaran masyarakat untuk mendapatkan terjemahan terbaik bagi bahan-bahan komunikasi pemerintah.

Berita Harian (BH) difahamkan terdapat seramai 300 penterjemah Melayu yang mendaftar secara sukarela di bawah daya usaha itu.


Encik Tan berkata NTC mahu membangunkan lagi masyarakat penterjemah di sini dengan meluaskan lagi inisiatif CT.

“Bagaimana kita menyatukan orang kerana ini merupakan usaha bersama kerana ia saling terkait dengan budaya, bahasa dan warisan dan terdapat ramai orang yang bersemangat dalam hal ini.


“Kami juga mahu mendekati lebih banyak pihak berkepentingan yang berfikiran sama seperti sekolah, persatuan dan anggota media yang dapat terus menarik minat warga Singapura terutama mereka yang lebih muda,” katanya.


NTC menganjurkan pertandingan terjemahan di peringkat sekolah selain mengadakan bengkel terjemahan. Semua ini sebahagian pelaburan dalam bakat, kata Encik Tan.

“Saya fikir sedang kita terus melabur dalam warga kita, meningkatkan keupayaan mereka, memastikan mereka memahami nuansa dan konteks budaya, dan juga dapat menggunakan teknologi dengan berkesan, penterjemah kami yang terlatih di Singapura akan mendapat permintaan di seluruh dunia,” ujar beliau.


Ketika ditemui BH, salah seorang Penterjemah Kita, Cik Nuriana Yahya, 37 tahun, berkata beliau terdorong menjadi penterjemah secara sukarela kerana sebagai anak Melayu, beliau rasa adalah tanggungjawabnya untuk melestarikan bahasa Melayu.


“Saya juga ingin menabur bakti kepada masyarakat (dengan) ilmu dan kepakaran saya dalam bidang terjemahan,” katanya yang merupakan penyunting salinan bebas.

Beliau, ibu seorang anak, berkata komitmen yang diperlukan daripadanya sebagai Penterjemah Kita tidaklah berat.

Setelah selesai tugasan hariannya, beliau akan melakukan tugas penterjemahan sukarela pada waktu malam, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >