Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan memperuntukkan sejumlah $37 juta pada 2026 bagi menyediakan bantuan praktikal kepada pekerja dan keluarga mereka untuk keperluan harian.

Mengumumkan demikian pada Rapat Hari Pekerja pada 1 Mei, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata ia merangkumi pelancaran Dana Masyarakat NTUC yang baharu.