Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NUHS@Home beri pesakit pilihan dipantau di rumah

May 12, 2025 | 5:30 AM
Dr Michelle Soo, pesakit, NUHS@home
Dr Michelle Soo, Perunding, Bahagian Perubatan Dalaman Lanjutan, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Nasional (NUH), bersama pesakitnya, Cik Sabariah Jantan, yang telah melalui rawatan NUHS@Home ekoran jangkitan buah pinggang selama 11 hari. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

NUHS@Home merupakan sebuah program pemulihan di rumah oleh Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), yang memberi peluang kepada pesakit yang layak untuk menerima rawatan di rumah.

Ini merangkumi perkhidmatan dan penjagaan hospital yang boleh diatur dalam suasana selesa di rumah pesakit sendiri, tanpa memerlukan mereka menginap di hospital.

Bermula dengan hanya tiga pesakit pada 2020, program tersebut kini telah berkembang untuk merangkumi seramai 75 pesakit setiap kali.

Ia juga mempunyai tiga pasukan yang dianggotai doktor, jururawat dan pakar kesihatan yang khususnya ditugaskan kepada program NUHS@Home.

Setiap hari, jururawat akan melawat pesakit untuk memberi antibiotik atau menjalankan ujian darah jika perlu.

“Bagi kebanyakan pesakit, keselesaan di rumah adalah paling penting bagi pemulihan yang baik.

“Pada zaman ini, ramai yang mementingkan kesenangan dan keselesaan, dan NUHS@Home memberi peluang untuk pesakit menerima penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi tanpa berada di hospital,” kata Dr Michelle Soo, Perunding, Bahagian Perubatan Dalaman Lanjutan, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Nasional (NUH).

Menurut Dr Soo, ramai pesakit berkongsi bahawa mereka dapat makan dan tidur dengan lebih selesa dan bergerak dengan lebih bebas di rumah, dibandingkan dengan pengalaman mereka di hospital.

Tambahan pula, berada di rumah mengurangkan risiko dijangkiti dengan penyakit dari hospital.

NUHS@Home juga telah menerima Anugerah Pinnacle Team di Majlis Anugerah NUHS 2025 pada 28 Februari kerana berjaya merawat 2,900 pesakit, dan memberikan khidmat kepada penyakit kritikal di dua rumah rawatan pada 2024. 

Program itu memanfaatkan kemudahan digital untuk memberi rawatan kepada pesakit di rumah, melalui panggilan video dan hubungan dalam talian bersama doktor di hospital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg