Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sumbangan 77 pakar kesihatan NUHS diiktiraf

Sumbangan ‘transformatif’ diiktiraf di Majlis Anugerah Penghormatan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) 2025
Mar 4, 2025 | 1:14 PM
Majlis Anugerah Penghormatan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) 2025 meraikan kecemerlangan penjagaan pesakit, penyelidikan dan pendidikan. Acara ini dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, sebagai tetamu terhormat.
Majlis Anugerah Penghormatan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) 2025 meraikan kecemerlangan penjagaan pesakit, penyelidikan dan pendidikan. Acara ini dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, sebagai tetamu terhormat. - Foto NUHS

Seramai 77 pakar kesihatan telah diberi penghargaan atas khidmat yang diberikan, kecemerlangan akademik dan profesional serta pelbagai amalan kesihatan yang lain di Majlis Anugerah Penghormatan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).

Majlis itu turut dihadiri tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.

Penerima anugerah tersebut termasuk empat orang pakar kesihatan yang diberi gelaran Felo Emeritu, penghormatan yang baru sahaja diperkenalkan NUHS tahun ini.

Gelaran tersebut diberikan kepada pakar kesihatan dari kalangan yang lebih luas, untuk mengenali mereka atas khidmat lama, kepemimpinan dalam bidang kesihatan dan sumbangan mereka demi memperjuang misi NUHS. 

Antara penerima penghormatan tersebut ialah Dr Emily Ang, 72 tahun, Penasihat Jururawat Kanan yang telah membimbing generasi demi generasi jururawat dan mendorong usaha merombak kurikulum di NUS Nursing. 

Selain Dr Ang, Cik Lee Siu Yin, mentor jururawat kanan di Alexandra Hospital; Dr Tyrone Goh, pemimpin diagnostik dan perkhidmatan kesihatan; dan Encik Wu Tuck Seng, inovator farmasi, juga telah menerima penghormatan Emeritus Fellow. 

“Membina sistem kesihatan masa depan memerlukan semua golongan pekerjaan, masing-masing menyumbang kepakaran dan dedikasi unik mereka kepada penjagaan pesakit. 

“Individu yang dihormati bukan sahaja membentuk bidang masing-masing, tetapi juga telah membimbing dan memberi inspirasi kepada ramai yang lain,” kata Professor Yeoh Khay Guan, Ketua Eksekutif NUHS, dalam satu kenyataan pada 28 Februari.

Sementara itu, anugerah berpasukan, iaitu Pinnacle Team Award, diberikan kepada program NUHS@Home.

Program ini telah merawat 2,900 pesakit, dan telah menyampaikan khidmat kepada penyakit kritikal di dua rumah rawatan pada 2024. 

Program NUHS@Home juga merancang untuk meningkat jumlah ‘katil maya’ (virtual bed) mereka daripada 75 kepada 100 katil tahun ini. Lagi 400 katil dijadual ditambah pada akhir 2030. 

Satu lagi pemenang anugerah sama ialah Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS) yang menghasilkan program NCIS On-The-Go pada 2017,

Program tersebut telah berjaya memperluas khidmat daripada ujian darah kepada 19 rawatan berbeza. 

NCIS On-The-Go kini menjalankan lebih kurang 11 peratus rawatan barah di NCIS. 

UsahanDr Alexander Yipya memperjuang transformasi digital dalam bidang kesihatan membantu beliau memenangi Anugerah Kecemerlangan. Antara lain, beliau mengusahakan pembangunan Hospital Maya Alexandra (AVH). 

AVH merupakan hospital maya pertama di Singapura yang menggunakan teknologi video canggih dan sistem komunikasi untuk menyediakan khidmat kesihatan di dalam dan di luar hospital. 

Anugerah tahunan ini bertujuan memaparkan komitmen NUHS dalam kemajuan kesihatan dan menubuhkan sistem kesihatan akademik yang sentiasa bersedia untuk masa hadapan dan mengutamakan penjagaan pesakit, kata kenyataan NUHS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg