Nur Insan sedia pendidikan agama percuma, perlu sokongan masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nur Insan sedia pendidikan agama percuma, perlu sokongan masyarakat

Feb 13, 2026 | 5:30 AM

Nur Insan sedia pendidikan agama percuma, perlu sokongan masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kelas Darjah 6 di Madrasah Mingguan Nur Insan di cawangan Yishun, menyemai ilmu dan akhlak mulia dalam suasana pembelajaran yang interaktif.
Kelas Darjah 6 di Madrasah Mingguan Nur Insan di cawangan Yishun, menyemai ilmu dan akhlak mulia dalam suasana pembelajaran yang interaktif. - Foto NUR INSAN

Selama 11 tahun, Nur Insan telah menjadi sumber pendidikan Islam percuma untuk semua, kini memberi manfaat kepada lebih 1,500 pelajar setiap minggu.

Antara penerima manfaat ialah lima anak kepada Encik Muhammad Qassim Mahmood, seorang pemandu kargo berat, dan isterinya, Cik Siti Zuraizah Aris, seorang pembantu guru prasekolah.

Anak-anak mereka, berusia enam tahun hingga 17 tahun, telah menimba ilmu di Nur Insan selama kira-kira enam tahun.

Cik Siti Zuraizah berkongsi:

“Ketika pandemik Covid-19 2020, masalah kewangan menghalang kami membayar yuran madrasah lain. Kami temui Nur Insan di Facebook. Tanpa yuran bulanan, dua anak kami dapat terus belajar di madrasah hujung minggu. Anak-anak lain pula mula seawal usia lima tahun, kini pulang dengan semangat, berkongsi ilmu yang dipelajari setiap minggu.

“Secara peribadi, pengetahuan Islam saya terhad. Kini, saya belajar secara tidak langsung melalui lima anak saya di Nur Insan. Setiap kali menemui maklumat Islam meragukan di media sosial, saya galakkan anak-anak merujuk kepada asatizah. Pendekatan ini memperkukuh kefahaman dan amalan Islam dalam keluarga kami.”

Beliau amat bersyukur kerana Nur Insan turut menawarkan kelas untuk remaja.

Program Nur Insan merangkumi asas agama, pembangunan akhlak, dan pemahaman Islam dalam kehidupan harian. Meskipun mendapat sambutan hangat, operasi program memerlukan belanja yang tinggi, termasuk sewa pusat, bahan pendidikan, latihan guru, dan pengurusan. Sempena Ramadan ini, Nur Insan mengajak masyarakat memberi sokongan agar pendidikan Islam percuma ini terus dinikmati generasi akan datang.

“Menjelang Ramadan, kita diingatkan tentang indahnya memberi dan betapa besarnya kesan kemurahan hati kepada masyarakat. Ramadan bukan sahaja waktu berpuasa dan refleksi rohani, malah kesempatan menzahirkan belas kasihan, perpaduan, dan menyokong usaha yang mengangkat dan memperkasa ummah kita,” ujar Presiden Nur Insan, Encik Muhammad Faaris Ameerjan.

Encik Faaris menambah, anggaran kos operasi untuk mengekalkan program percuma ini mencecah sekitar $500,000 setahun, yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan masyarakat dan dermawan.

“Nur Insan komited menguruskan sumbangan secara telus dan amanah. Sokongan berterusan masyarakat amat penting bagi memastikan tiada anak Muslim yang terpinggir daripada mendapat pendidikan Islam,” tegasnya.

Untuk menderma, sila imbas kod QR ini.
Untuk menderma, sila imbas kod QR ini. - Foto NUR INSAN

Pelbagai daya usaha kebajikan disediakan sepanjang Ramadan termasuk:

1. Tajaan pelajar (Adopt a Student)

2. Wakaf ilmu

3. Projek Dermaone ($1 setiap hari sepanjang Ramadan)

4. Zakat Harta

5. Fidyah

5. Derma Bulanan

5. Sumbangan umum bagi menyokong operasi pendidikan

SEKILAS:

Ikuti cara berikut untuk memberi sumbangan:

*Imbas kod QR (PayNow) atau (UEN: 53462377L) serta WhatsApp bukti pembayaran ke talian 8768-4688.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg