Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘OMGxBH’ kekal relevan, pikat lebih ramai golongan muda

Dec 15, 2025 | 5:30 AM
omgxbh, norhaiza hashim, rabiatul adawiya binhan, rp
Pasukan ‘OMGxBH’, (ikut putaran jam, dari kiri) Eksekutif Kanan Audiens dan Pertumbuhan Berita Harian (BH), Cik Ismawati Ismail; Timbalan Editor Audiens dan Perkembangan, Cik Rabiatul Adawiya Binhan; Pelatih ‘OMGxBH’, Cik Nurashirin Nurizal; Penerbit media sosial ‘OMGxBH’, Encik Muhammad Ashraf Zainal; Wartawan Video ‘OMGxBH’, Encik Muhammad Firdaus Mahadi; Pelatih, Nur Hazimah Mohd Rezal; Pereka Digital BH, Raja Nurul Huda Raja Ahmad; Editor Audiens dan Perkembangan BH, Cik Norhaiza Hashim; Penerbit Media Sosial, Cik Nur Sabrina Masri, di Pameran Kerjaya Politeknik Republic (RP). - Foto OMGxBH

Wadah digital audiens muda Berita Harian (BH), OMGxBH, telah berjaya meraih lebih 95,000 pengikut, meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh setahun. 

Malah, beberapa badan pemerintah dan juga badan bukan pemerintah (NGO) bekerjasama dengan wadah ini bagi menguar-uarkan jenama dan perkhidmatan mereka setelah menyedari bahawa ia berjaya menawan perhatian audiens muda di Singapura.

Padat dengan kandungan tulen dan menarik yang dekat di hati golongan muda, ia telah berjaya mencipta nama sendiri dan membina masyarakat yang dinamik dan relevan. 

OMGxBH terus berkembang menjadi saluran pilihan utama golongan muda dengan kandungan digital yang mengikut trend terkini dengan pendekatan lebih santai tetapi padat dengan maklumat.

Sebagai sebahagian daripada strategi kandungan inovatif pada 2025, setiap anggota pasukan berpeluang menjadi pempengaruh OMGxBH, di mana mereka meneroka dan mencipta kandungan bagi siri kandungan yang mereka minati. 

Kandungan ‘OMG! Panas (Bola)’, dicipta oleh Wartawan Video ‘OMGxBH’, Encik Muhammad Firdaus Mahadi, di mana beliau mengupas dan memberi maklumat terkini mengenai perlawanan Liga Perdana England (EPL).
Kandungan ‘OMG! Panas (Bola)’, dicipta oleh Wartawan Video ‘OMGxBH’, Encik Muhammad Firdaus Mahadi, di mana beliau mengupas dan memberi maklumat terkini mengenai perlawanan Liga Perdana England (EPL). - Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM OMGxBH

Ini memberikan motivasi dan kepuasan yang lebih menyerlah, dengan secara tidak langsung, menawarkan lebih banyak sajian kandungan digital yang sesuai dan memenuhi setiap cita rasa dan suara hati golongan muda.

Kandungan ‘OMG! Panas (Teknologi)’, dicipta oleh Wartawan Video ‘OMGxBH’, Encik Putra Nur Haiqal Sallehuddin, menampilkan pelbagai perkembangan teknologi baru.
Kandungan ‘OMG! Panas (Teknologi)’, dicipta oleh Wartawan Video ‘OMGxBH’, Encik Putra Nur Haiqal Sallehuddin, menampilkan pelbagai perkembangan teknologi baru. - Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM OMGxBH
Kandungan ‘OMG! Tahu Tak (Jalan di Singapura)’, dicipta oleh Penerbit media sosial ‘OMGxBH’, Encik Muhammad Ashraf Zainal, di mana beliau mengetengahkan sejarah di sebalik nama jalan-jalan Melayu di Singapura.
Kandungan ‘OMG! Tahu Tak (Jalan di Singapura)’, dicipta oleh Penerbit media sosial ‘OMGxBH’, Encik Muhammad Ashraf Zainal, di mana beliau mengetengahkan sejarah di sebalik nama jalan-jalan Melayu di Singapura. - Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM OMGxBH

Di antara kandungan popular juga ialah OMG! Panas yang bertujuan menyampaikan berita dalam format lebih segar, dengan cara menarik demi membantu golongan muda hadam berita. 

Kandungan ‘OMG! Panas’, bertujuan menyampaikan berita dalam format lebih segar, dengan grafik menarik yang direka oleh Pereka Digital ‘OMGxBH’, Raja Nurul Huda Raja Ahmad.
Kandungan ‘OMG! Panas’, bertujuan menyampaikan berita dalam format lebih segar, dengan grafik menarik yang direka oleh Pereka Digital ‘OMGxBH’, Raja Nurul Huda Raja Ahmad. -  Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM OMGxBH

Di samping kandungan berita pendek, OMGxBH telah melancarkan tiga siri video berbentuk panjang yang menyentuh isu penting buat golongan dewasa berusia antara 21 dengan 34 tahun.

Dengan format yang lebih menonjol, dinamik dan berkesan, ia meneroka isu pekerjaan, kewangan dan kesihatan mental secara mendalam dan dimuat naik di platform media sosial dan YouTube.

Siri Bukan Kerja Biasa menampilkan pelbagai laluan kerjaya unik bagi orang muda. 

Kandungan ‘Bukan Kerja Biasa’, dicipta oleh Penerbit Media Sosial ‘OMGxBH’, Cik Nur Sabrina Masri, yang menampilkan pelbagai laluan kerjaya unik bagi orang muda.
Kandungan ‘Bukan Kerja Biasa’, dicipta oleh Penerbit Media Sosial ‘OMGxBH’, Cik Nur Sabrina Masri, yang menampilkan pelbagai laluan kerjaya unik bagi orang muda. -  Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM OMGxBH

Menerusi siri ini, penonton berpeluang mendapat pemahaman lebih mendalam tentang setiap pekerjaan, apabila hos OMGxBH berkongsi pengalaman mereka mencuba bekerja selama sehari dalam setiap pekerjaan.

Siri paling popular, Just Duit, yang meraih purata 60,000 tontonan setiap episod, menggunakan format yang unik untuk mendidik penonton muda mengenai hal kewangan.

Kandungan ‘Just Duit’, menggunakan format yang unik untuk mendidik penonton muda mengenai hal kewangan, dengan episod pertama menampilkan pelawak, pelakon dan pengacara, Suhaimi Yusof, bersama Wartawan Video ‘OMGxBH’, Encik Putra Nur Haiqal Sallehuddin, membincangkan aspek kewangan majlis perkahwinan.
Kandungan ‘Just Duit’, menggunakan format yang unik untuk mendidik penonton muda mengenai hal kewangan, dengan episod pertama menampilkan pelawak, pelakon dan pengacara, Suhaimi Yusof, bersama Wartawan Video ‘OMGxBH’, Encik Putra Nur Haiqal Sallehuddin, membincangkan aspek kewangan majlis perkahwinan. -  Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM OMGxBH

Menerusi segmen cabaran, hos OMGxBH, yang mewakili Team Muda bersaing dengan seorang tetamu jemputan yang mewakili Team Tua untuk memberikan jawapan paling tepat mengenai hal kewangan seperti pembelian rumah, kos perkahwinan dan simpanan peribadi. 

Format ini memberikan pelbagai perspektif, dan seorang pakar turut memberikan penilaian dan pandangan profesional mereka mengenai hal tersebut. 

Siri ketiga, Terus Terang, memaparkan kisah benar daripada individu yang berkongsi pengalaman peribadi mereka mengenai cabaran kesihatan mental. 

Kandungan ‘Terus Terang’ memaparkan kisah benar daripada individu yang berkongsi pengalaman peribadi mereka mengenai cabaran kesihatan mental.
Kandungan ‘Terus Terang’ memaparkan kisah benar daripada individu yang berkongsi pengalaman peribadi mereka mengenai cabaran kesihatan mental. - Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM OMGxBH

Dengan menampilkan cerita benar dan mendalam, Terus Terang menyerlahkan mesej penting bahawa setiap individu berhak didengari dan disokong dalam perjalanan kesihatan mental mereka.

Kejayaan format video panjang ini amat jelas apabila jumlah pengikut YouTube melonjak lapan kali ganda kepada 24,000 pengikut berbanding pada 2024. 

Ini membuktikan OMGxBH kekal relevan bagi audiens muda dalam dunia digital yang pesat berubah.

Menjelaskan tentang kejayaan siri video berbentuk panjang, Editor Audiens dan Perkembangan BH, Cik Norhaiza Hashim, berkata:

“Pencapaian ini adalah bukti bahawa golongan muda bukan sekadar mencari hiburan, malah dahagakan kandungan yang mendidik dan mempunyai maklumat relevan dengan cabaran kehidupan mereka.

“Kami akan teruskan usaha kami untuk menjadi saluran maklumat utama bagi generasi muda di Singapura.”

Menjelang 2026, OMGxBH berazam untuk terus berinovasi dalam penghasilan kandungan demi menjangkau audiens baru di samping mendekati dan memperdalam penglibatan bersama audiens sedia ada dengan lebih baik. 

Matlamat utama bukan sekadar meningkatkan jumlah tontonan atau pengikut, namun untuk membina sebuah masyarakat audiens muda Melayu yang berhubung, berkembang, berdaya saing dan berdedikasi untuk menyumbang balik kepada masyarakat melalui pelbagai program serta inisiatif OMGxBH dan BH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg