Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

OMGxBH platform menarik untuk dekati golongan muda Melayu

Aug 31, 2024 | 12:45 PM
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad yang merasmikan pelancaran OMGXBH pada 30 Ogos, melahirkan rasa gembira melihat perubahan BH secara digital untuk menjadi lebih menarik dan kekal relevan kepada audiens baru.
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad yang merasmikan pelancaran OMGXBH pada 30 Ogos, melahirkan rasa gembira melihat perubahan BH secara digital untuk menjadi lebih menarik dan kekal relevan kepada audiens baru. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

OMGxBH diperkenalkan oleh Berita Harian (BH) untuk mendekati golongan muda berusia antara 21 dengan 34 tahun menerusi platform sosial media seperti TikTok, Instagram dan YouTube.

Seronok melihat perubahan BH secara digital untuk menjadi lebih menarik dan kekal relevan kepada khalayak baru.

Ini penting untuk memastikan BH akan secara berterusan mendekati khalayak baru, terutamanya golongan muda.

Bagi warga Singapura yang lebih muda, membaca berita melalui media sosial seperti Instagram dan TikTok sudah menjadi kebiasaan.

Adalah penting untuk anak muda Singapura kita terus mendapat maklumat mengenai hal ehwal semasa dan membaca berita melalui sumber dan maklumat yang boleh dipercayai.

Selain memberikan maklumat yang penting kepada golongan muda, terutamanya kandungan berkisar mengenai masyarakat Melayu, OMGxBH turut menyediakan kandungan berita dalam format yang ringkas dan interaktif.

Siaran video oleh OMGxBH mengenai lima perkara yang perlu golongan muda ketahui mengenai Perbarisan Hari Kebangsaan adalah contoh kandungan berita sedemikian yang mudah ditonton dan difahami oleh penonton golongan muda.

Siaran video oleh OMGxBH mengenai makna kejayaan kepada anak muda Melayu juga mempengaruhi mereka.

Saya gembira untuk mengambil maklum bahawa berdasarkan data BH, lebih 80 peratus daripada penonton OMG berumur antara 21 dengan 34 tahun.

Ini adalah penonton yang mungkin tidak membaca media cetak tradisional tetapi BH dapat menarik mereka melalui platform sedemikian.

Agensi pemerintah dan pertubuhan Melayu/Islam seperti Mendaki dan Muis sedang memanfaatkan OMGxBH untuk menjangkau khalayak muda dengan kempen mereka.

Saya memuji usaha BH meneroka kandungan baru bagi meningkatkan bilangan penonton. OMGxBH merupakan platform yang hebat untuk mendekati golongan muda.

BH juga telah memperkenalkan beberapa kandungan baru seperti Kaki Makan melalui wadah Telegram dan Kaki Jalan.

Selama bertahun-tahun, mereka juga telah mendekati segmen masyarakat yang berbeza seperti golongan belia dan asatizah menerusi dialog kemasyarakatan mereka. Dialog ini menyediakan saluran untuk mereka memberikan maklum balas kepada pemerintah.

BH terus memainkan peranan penting sebagai akhbar bahasa tempatan untuk memaklumkan dan mendidik masyarakat tentang hal ehwal semasa dan pelbagai dasar pemerintah.

Terdapat banyak cabaran di hadapan tetapi dengan keazaman dan ketabahan, saya percaya BH dan OMGxBH mempunyai masa depan yang cerah.

“Adalah penting untuk anak muda Singapura kita terus mendapat maklumat mengenai hal ehwal semasa dan membaca berita melalui sumber dan maklumat yang boleh dipercayai. Selain memberikan maklumat yang penting kepada golongan muda, terutamanya kandungan berkisar mengenai masyarakat Melayu, OMGxBH turut menyediakan kandungan berita dalam format yang ringkas dan interaktif.”
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg