Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ong Beng Seng dihadap ke mahkamah 4 Okt

Oct 3, 2024 | 8:54 PM
Pengerusi bagi penganjur perlumbaan ‘Grand Prix’ Singapura Formula Satu (F1), Encik Ong Beng Seng, akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 Oktober.
Pengerusi bagi penganjur perlumbaan ‘Grand Prix’ Singapura Formula Satu (F1), Encik Ong Beng Seng, akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 Oktober. - Foto ST

Hartawan dan pengerusi bagi penganjur perlumbaan Grand Prix Singapura Formula Satu (F1) Singapura, Encik Ong Beng Seng, akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 Oktober.

Menurut laporan The Straits Times, beliau menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 165, iaitu tuduhan bersubahat dengan penjawat awam untuk mendapatkan hadiah, dan satu pertuduhan menghalang proses keadilan.

Encik Ong ditahan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada 11 Julai 2023, di tengah-tengah siasatan rasuah yang melibatkan bekas menteri pengangkutan, S. Iswaran.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Encik Ong bebas dengan ikat jamin $800,000.

Iswaran dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada 3 Oktober selepas dia mengaku bersalah menerima sejumlah barangan berharga daripada Encik Ong, termasuk perjalanan ulang-aliknya ke Doha yang dibayar Encik Ong.

Iswaran mengaku bersalah atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 165 dan satu tuduhan menghalang proses keadilan.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Encik Ong memaklumkan Iswaran bahawa CPIB telah merampas manifes penerbangan untuk perjalanan ulang-alik ke Doha pada Disember 2022.

Bagi perjalanan dari Singapura ke Doha, Iswaran menaiki jet peribadi Encik Ong, manakala bagi perjalanan pulang, dia menaiki penerbangan kelas bisnes – tiket ini ditanggung Encik Ong melalui syarikatnya, Singapore GP.

Ini mendorong Iswaran untuk meminta Encik Ong supaya mengenakan caj kepadanya bagi penerbangan itu untuk mengelakkan siasatan terhadap pemberian tersebut.

Iswaran telah membayar kembali kos tiket itu, bernilai $5,700, kepada Singapore GP – tindakan yang mempunyai kecenderungan menghalang proses keadilan kerana ia mengurangkan kemungkinan tertuduh akan disiasat oeh CPIB berhubung perjalanannya ke Doha, sekali gus menjadi asas kepada tuduhan menghalang proses keadilan Iswaran.

Encik Ong, 78 tahun, dikenali sebagai individu yang memperkenalkan F1 kepada Singapura pada 2008 – pada ketika itu, Singapore GP merupakan perlumbaan malam pertama dalam sejarah sukan itu.

Encik Ong memiliki hak bagi Singapore GP.

Iswaran merupakan bekas pengerusi jawatankuasa berpandu F1.

Iswaran juga merupakan bekas ketua perunding dengan Singapore GP berkenaan hal perniagaan yang berkaitan dengan perlumbaan malam tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg