Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pacific International Lines, Humanity Matters meterai MOU, kerjasama dalam usaha kemanusiaan

Mar 2, 2025 | 8:08 PM
Encik Chia Yujin, Ketua Kelestarian, Penyahkarbonan & Bahan Api Marin, PIL, dan Cik Lee Chin Chin, Pengarah, Humanity Matters, telah menandatangani MOU di Sree Narayana Mission pada 2 Mac. Mereka disaksikan (belakang, dari kiri) Timbalan Pengerusi Humanity Matters, Encik Noor Mohd Marican dan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.
Encik Chia Yujin, Ketua Kelestarian, Penyahkarbonan & Bahan Api Marin, PIL, dan Cik Lee Chin Chin, Pengarah, Humanity Matters, telah menandatangani MOU di Sree Narayana Mission pada 2 Mac. Mereka disaksikan (belakang, dari kiri) Timbalan Pengerusi Humanity Matters, Encik Noor Mohd Marican dan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam. - Foto BH oleh NUR FATHIN AWALLUDIN

Syarikat perkapalan kontena setempat, Pacific International Lines (PIL), dan pertubuhan kemanusiaan, Humanity Matters (HM), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama dalam usaha kemanusiaan dan peningkatan masyarakat dengan memberi tumpuan kepada negara-negara di Asean dan Timur Tengah.

Di bawah MOU itu, PIL akan terus menyediakan kontena, sokongan logistik dan perkhidmatan perkapalan kepada HM ke negara-negara di Asia yang di bawah rangkaian PIL, untuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa konflik atau peristiwa iklim ekstrem.

MOU tersebut ditandatangani oleh Encik Chia Yujin, Ketua Kelestarian, Penyahkarbonan & Bahan Api Marin PIL; dan Cik Lee Chin Chin, Pengarah, HM; pada 2 Mac di Sree Narayana Mission semasa acara buka puasa dan pembungkusan bantuan bagi Gaza.

Di bawah MOU itu, PIL dan HM akan bersama-sama meneroka dan bekerjasama dalam inisiatif untuk meningkatkan dan melindungi masyarakat yang terdedah di negara Asean di mana PIL beroperasi.

Ini termasuk menawarkan pendidikan bahasa Inggeris, menyediakan air bersih serta menyertai dalam usaha perlindungan pantai.

Jumlah nilai sumbangan oleh PIL di bawah perkongsian tiga tahun dengan HM ini akan mencecah sehingga $1 juta.

Kerjasama ini ialah untuk menyokong Perikatan Awam Asean untuk Kecemasan Serantau (Asean Care), yang merupakan perhubungan kemanusiaan asas yang dimulakan dan diselaraskan oleh HM.

Pengerusi Eksekutif PIL, Encik S.S. Teo, berkata: “Sebagai syarikat perkapalan Singapura, kami berbesar hati untuk menyumbang kepada rakan organisasi Singapura seperti HM yang berfikiran sama.

“Melalui penglibatan kami dengan mereka, kami telah menyaksikan sendiri bagaimana HM bekerja tanpa jemu untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dan terdedah di seluruh Asia.

“Kami berharap melalui MOU dengan HM ini, PIL dapat melakukan lebih banyak lagi untuk golongan yang memerlukan di rantau kita.”

Sejak Mac 2024, PIL telah menyumbang kepada usaha bantuan kemanusiaan HM bagi mangsa konflik di Gaza dengan menyediakan pengangkutan laut dan logistik darat untuk lima penghantaran kontena dari Singapura ke Gaza, melalui Aqaba, Jordan.

Penghantaran itu termasuk bekalan perubatan, sistem rawatan air, makanan dan pek penjagaan kanak-kanak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg