Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Padang diwarta jadi Monumen Negara

Aug 9, 2022 | 5:30 AM
938de795-7a30-4fca-8148-2f8f80706d0e
- EPA-EFE

SEBAGAI salah satu kawasan lapang tertua di Singapura, Padang telah menjadi tempat bagi banyak peristiwa penting.

Tapak ikonik itu akan diwartakan sebagai Monumen Negara ke-75 di Singapura oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) hari ini.

Ia juga menjadi kawasan hijau dan terbuka yang pertama untuk menyertai senarai Monumen Negara yang diwartakan.

Ini bermakna ia akan diberikan perlindungan tahap tertinggi di Singapura di bawah Akta Pemeliharaan Monumen.

Dalam acara rasmi mewartakan tempat itu semalam, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata ruang terbuka itu merupakan peringatan yang ketara tentang bagaimana Singapura dijadikan dan sejauh mana rakyatnya telah melangkah sebagai sebuah negara.

Beliau menambah Padang telah menjadi ruang masyarakat dan tempat kenangan bagi warga Singapura - tidak kira bangsa dan agama - yang dikongsi bersama.

Beliau menambah langkah mewartakan Padang akan "melindungi" detik-detik yang berharga ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg