Rasa tanggungjawab bagi kes perlindungan kanak-kanak akan menjadi lebih jelas dengan pelantikan agensi khusus oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Pelantikan agensi bertauliah yang dikenali sebagai agensi Pengurusan Kes Perlindungan Kanak-Kanak (CPCM) mulai 1 Mei akan memastikan pengurusan kes sedemikian lebih teratur serta adanya laluan rujukan lebih jelas.