Palang Merah S’pura buat rayuan kumpul dana awam sokong misi kemanusiaan Gaza

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Palang Merah S’pura buat rayuan kumpul dana awam sokong misi kemanusiaan Gaza

Sebagai sebahagian daripada usaha rayuan, Palang Merah Singapura akan adakan pameran gambar
Mar 6, 2026 | 1:42 PM

Palang Merah S’pura buat rayuan kumpul dana awam sokong misi kemanusiaan Gaza

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Salah satu gambar yang dipamerkan di pameran gambar anjuran Palang Merah Singapura. Ia menunjukkan penduduk Gaza menetap di khemah buatan sendiri sebagai tempat perlindungan sementara bagi mengharungi musim sejuk, hujan lebat dan angin kencang, antara lain.
Salah satu gambar yang dipamerkan di pameran gambar anjuran Palang Merah Singapura. Ia menunjukkan penduduk Gaza menetap di khemah buatan sendiri sebagai tempat perlindungan sementara bagi mengharungi musim sejuk, hujan lebat dan angin kencang, antara lain. - Foto ICRC

Palang Merah Singapura (SRC) melancarkan rayuan dana awam demi menyokong kerja kemanusiaan berterusan di Gaza.

Bantuan kemanusiaan ini merangkumi sokongan perubatan, makanan, air, tempat tinggal, pendidikan, dan psikososial untuk penduduk yang terjejas akibat konflik Israel-Palestin di Gaza.

Dalam kenyataan pada 6 Mac, SRC memaklumkan rayuan ini bersempena pelancaran pameran gambar mengenai krisis kemanusiaan yang berlarutan di Gaza.

SRC masih berusaha mencapai sasaran $500,000, seperti yang tertera di laman giving.sg, bagi tempoh rayuan dari 27 Oktober 2025 hingga 30 April 2026.

Sehingga 6 Mac, lebih $300,000 telah dikumpulkan, menurut laman tersebut.

Pameran gambar itu akan berlangsung dari Mac hingga Jun di pelbagai lokasi di Singapura. Pameran pertama dijangka bermula dari 9 hingga 15 Mac di pusat beli-belah Tiong Bahru Plaza.

Bertemakan tajuk ‘Dua tahun telah berlalu, kami masih di sini’, pameran itu, kata SRC, melakar gambaran jelas bahawa bantuan kemanusiaan bukan sekadar sokongan segera. Ia adalah denyutan nadi pemulihan, daya tahan, dan harapan jangka panjang bagi penduduk yang terjejas.

SRC berkata: “Pameran sebanyak tujuh panel gambar ini akan berkongsi gambaran mendalam mengenai kehidupan individu dan keluarga yang mengharungi krisis dan kehilangan tempat tinggal yang berpanjangan.

“Melalui gambar yang menarik, pengunjung dapat menyaksikan cabaran harian yang dihadapi oleh komuniti yang terjejas

“Ini meliputi kekurangan makanan, akses terhad kepada sumber air yang selamat, cabaran mencari tempat perlindungan, penjagaan kesihatan dan maruah (bangsa).”

SRC adalah antara beberapa pertubuhan yang menerima dana awal dari pemerintah.

Pada Disember 2025, pemerintah mengumumkan penyaluran $1 juta sebagai dana permulaan untuk menyokong usaha pengumpulan dana awam bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Jumlah ini akan diagihkan sama rata kepada SRC, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), Humanity Matters (HM), dan Mercy Relief. Ia akan digunakan untuk membiayai bekalan air, sanitasi, kebersihan, makanan, dan operasi bantuan lain di Gaza.

Difahamkan, ini adalah kali pertama inisiatif sedemikian dilaksanakan dalam usaha bantuan kemanusiaan untuk mangsa di Gaza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg