Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Palang Merah S’pura hulur AS$150,000 bagi bantuan kemanusiaan di Palestin, Israel

Oct 16, 2023 | 5:49 PM
BANTUAN KECEMASAN: Anggota perubatan dari Perkhidmatan Perubatan Kecemasan di Sderot, Israel, sedia bergerak membantu mangsa perang di kawasan mereka.
BANTUAN KECEMASAN: Anggota perubatan dari Perkhidmatan Perubatan Kecemasan di Sderot, Israel, sedia bergerak membantu mangsa perang di kawasan mereka. - Foto EPA-EFE

Palang Merah Singapura (SRC) menyumbang AS$150,000 ($205,415) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan Magen David Adom sebagai bantuan kemanusiaan untuk konflik Palestin-Israel.

SRC juga telah melancarkan satu usaha mengumpul derma bermula Isnin bagi operasi bantuan dan pemulihan. Usaha mengumpul derma ini akan berakhir pada 31 Januari 2024.  

CEO SRC, Encik Benjamin William, berkata: “Kami amat prihatin terhadap keganasan yang semakin meningkat di Gaza. Kami turut berduka cita melihat mereka yang telah kehilangan orang yang disayangi, kehilangan tempat tinggal, dan yang telah tersingkir dari rumah mereka.”

“Persatuan Bulan Sabit Palestin dan Magen David Adom telah berusaha untuk memberikan bantuan kritikal bagi yang terjejas, temasuk pekerja dan sukarelawan yang mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari,” tambah Encik William.

Beliau juga menggesa perlindungan bagi prasarana perubatan, air dan tenaga dan mangsa perang dilindungi agar agensi-agensi kemanusiaan seperti Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dapat membantu.

Konflik berterusan di sempadan Israel dan Gaza telah meningkat secara ketara sejak 7 Oktober.

Menurut laporan terkini, lebih 4,000 nyawa telah terkorban di Israel dan Jaluran Gaza. Konflik ini telah menyebabkan ribuan mangsa cedera dan lebih sejuta penduduk di Gaza juga dipaksa berpindah. Jumlah ini juga dijangka meningkat.

Di wilayah Palestin, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin giat menghulurkan bantuan seperti perubatan kecemasan kepada masyarakat di Jaluran Gaza dan Tebing Barat. Ia juga telah memberi bantuan segera seperti tilam, selimut, alat dapur, air, peralatan keperluan wanita dan tempat perlindungan untuk mereka yang terpaksa berpindah.

Magen David Adom juga bertindak serupa dan mengerahkan pasukan perubatan, ambulans dan unit rawatan rapi bagi mereka yang cedera. Ia juga telah meningkatkan usaha pendermaan darah.

Untuk menderma kepada Palang Merah Singapura, anda boleh menyumbang dalam talian menerusi kad kredit dengan melayari laman https://redcross.sg/donate-middleeastresponse.

Untuk membuat sumbangan melalui cek ataupun PayNow, sila ke https://redcross.sg/middleeastresponse.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg