Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Palang Merah S’pura hulur bakti

May 6, 2024 | 5:30 AM
Sukarelawan bersama warga emas semasa acara sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri 60 warga tua dan 40 sukarelawan. Matlamat program ElderAid Palang Merah Singapura (SRC) adalah untuk memastikan setiap warga emas menjalani hidup selesa dan bermakna. SRC memberi tumpuan kepada usaha menarik penglibatan warga emas bagi memastikan mereka tidak rasa terasing, melalui penjagaan menyeluruh dan memenuhi  keperluan sosial warga emas.
Sukarelawan bersama warga emas semasa acara sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri 60 warga tua dan 40 sukarelawan. Matlamat program ElderAid Palang Merah Singapura (SRC) adalah untuk memastikan setiap warga emas menjalani hidup selesa dan bermakna. SRC memberi tumpuan kepada usaha menarik penglibatan warga emas bagi memastikan mereka tidak rasa terasing, melalui penjagaan menyeluruh dan memenuhi keperluan sosial warga emas. - Foto SUKARELAWAN SRC

Palang Merah Singapura (SRC) merupakan pertubuhan kemanusiaan tempatan, berdedikasi untuk membantu mengurangkan penderitaan manusia, melindungi nyawa dan maruah serta bertindak balas terhadap kecemasan sejak 1949.

SRC memberi perkhidmatan kepada mereka yang mudah terjejas melalui program menderma darah, pusat kegiatan rumah dan harian untuk individu kurang upaya, bantuan bagi warga emas, pengangkutan, kehidupan keluarga dan pertolongan cemas masyarakat.

Bantuan yang dihulurkan tidak terhad di Singapura sahaja.

Mereka menerima sumbangan daripada penderma untuk menjalankan usaha bantuan dan pemulihan serta pembinaan semula, dengan tujuan membantu masyarakat yang terjejas akibat bencana.

Sebagai contoh, SRC telah menghulur tahap sokongan seterusnya bernilai $816,000 untuk membantu masyarakat terjejas akibat krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg