SPH Logo mobile
Langgan|

Pameran ‘SeniKita 2023’ papar 29 lukisan

Pameran ‘SeniKita 2023’ papar 29 lukisan

Dec 18, 2023 | 5:30 AM

Pameran ‘SeniKita 2023’ papar 29 lukisan

NIKMATI KARYA: Pameran ‘SeniKita 2023’ berlangsung hingga 17 Disember di Galeri Seni Kamal di Wisma Geylang Serai.
NIKMATI KARYA: Pameran ‘SeniKita 2023’ berlangsung hingga 17 Disember di Galeri Seni Kamal di Wisma Geylang Serai. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Teknologi baru dalam dunia globalisasi.

Itulah tema bagi pameran seni visual – ‘SeniKita 2023’ – yang sedang berlangsung di Galeri Seni Kamal, Wisma Geylang Serai.

Sebanyak 29 lukisan karya 23 pelukis Melayu Singapura dipaparkan di pameran yang dilancarkan pada 9 Disember itu.

Pelukis telah menggunakan pelbagai medium baru seperti barangan terbuang bagi menghasilkan karya mereka.

Mereka turut bereksperimen dengan medium bunyi dalam karya lukisan.

Ini tahun keempat Wisma Geylang Serai dan  Galeri Seni Kamal menganjurkan pameran tersebut yang bertujuan mewujudkan peluang bagi artis dan peminat seni tempatan berinteraksi dan saling memberi inspirasi.

Pameran itu berlangsung dari 8 hingga 17 Disember dari 10 pagi hingga 6 petang.

Masuk percuma.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg